About Me

Karnival Sofbol Merdeka 2013

Setelah kepenatan selama satu minggu kerana penganjuran Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan di sekolah saya, maka demam sofbol diteruskan lagi dengan penganjuran Karnival Sofbol Merdeka 2013 pula. Penganjuran karnival satu hari ini sangat bersesuaian dengan sambutan Hari Kemerdekaan 2013 dengan semangat 1 Malaysia sebab kami telah menjemput rakan-rakan sofbol sekitar Sibu, Bintulu sehinggalah ke Belaga.


Karnival Sofbol Merdeka 2013

Semuanya bermula apabila Cikgu Faizal daripada SMK Bakun yang mempelawa pasukan sofbolnya untuk perlawanan persahabatan dengan sekolah saya. Perkenalan dengan Cikgu Faizal hanya lah melalui kenalan yang saya kenali ketika menumpang rumah untuk sesi Bengkel Menjawab Soalan Sains PMR di SMK Bakun pada bulan Julai lalu. Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan daripada pihak kedua-dua sekolah. Maka perlawanan persahabatan yang dirancangkan telah diperhebatkan lagi dengan menjemput rakan-rakan sofbol lain di Sibu sehingga terhasilnya Karnival Sofbol Merdeka ini.

Karnival Sofbol Merdeka 2013

Karnival Sofbol Merdeka 2013

Pada mulanya jemputan adalah kepada hampir 6 sekolah sekitar Sibu dan Bintulu, namun pada akhirnya hanya SMK Sibu Jaya di bawah bimbingan Cikgu Jerry Morris Unong yang dapat datang memeriahkan Karnival. Pasukan SMK Bukit Lima pula yang dibimbing Cikgu Achmaed Ckhalifh terpaksa menarik diri pada saat akhir setelah pengangkutan menjadi masalah, sekalipun sebenarnya mereka sudah mempunyai pasukan lengkap. Kesiannya..

Walaupun tidak menghantar pasukan, orang-orang kuat teman seperjuangan dari Sibu, seperti Cikgu Ahcmaed Ckhalifh dan juga Cikgu Joshua Tingom (KV Sibu) tetap turun padang dalam memberi sokongan dan bantuan, terutamanya dari segi umpiring dan juga teknikal. Selain itu, bekas-bekas pemain yang bertaburan seluruh Sibu pun sanggup datang jenguk untuk menyokong penganjuran karnival kali ini. Memang terbaiklah team Sibu!

Karnival Sofbol Merdeka 2013

Karnival Sofbol Merdeka 2013

Karnival Sofbol Merdeka 2013

Kerana kesibukan menguruskan Karnival Antara Rumah Sukan dan Karnival Merdeka ini, maka saya telah menugaskan 2 orang pemain senior untuk menjadi Jurulatih kepada pasukan SMK Luar Bandar No.1 Sibu. Selain daripada dapat memberi rasa tanggungjawab kepada pemain senior, ilmu dan pengalaman berharga daripada mereka juga dapat dicurahkan kepada pemain-pemain junior yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4.

Namun kerana cuma ada 2 pasukan yang bersetuju menghantar pasukan, maka saya terpaksa menyediakan 2 pasukan dari SMK Luar Bandar No.1 Sibu bagi memperbanyakkan lagi bilangan perlawanan, sebab tujuan asal penganjuran karnival adalah bagi tujuan program pembangunan untuk tahun hadapan. Nasib baik lah ada banyak bakat baru yang dikesan semasa Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan. Maka tertubuhlah pasukan LBS A yang dibimbing oleh Jicky Joseph, dan pasukan LBS B yang dibimbing oleh Sylvester Jetik. 

Karnival Sofbol Merdeka 2013

Karnival Sofbol Merdeka 2013

Karnival Sofbol Merdeka 2013

Perlawanan berakhir dengan jaya dan tanpa masalah yang besar. Sekadar beberapa kesilapan teknikal yang kecil dan juga kecederaan yang tidak serius. Kualiti permainan adalah kurang memuaskan memandangkan kebanyakkan pemain adalah terdiri daripada pemain junior dari setiap sekolah. Tetapi permainan menjadi semakin baik dan mencabar apabila pemain mula mempelajari taktik dan strategi daripada pasukan lawan. Di akhir perlawanan, ternyata prestasi semua pasukan meningkat kepada tahap yang lebih baik. Banyak yang mereka dapat belajar daripada karnival ini.

Karnival Sofbol Merdeka 2013

Karnival Sofbol Merdeka 2013

Keputusan akhir, pasukan LBS A berjaya menjadi Johan, diikuti rapat oleh pasukan Sibu Jaya di tempat Kedua dan pasukan LBS B di tempat ketiga.


Karnival Sofbol Merdeka 2013

Disebabkan perlawanan akhir tamat lebih awal daripada yang dijangkakan, maka kami juga adakan sedikit pemilihan ringkas pemain terbaik sepanjang karnival daripada setiap pasukan untuk membentuk pasukan terbaik karnival. Di mana pasukan ini akan menentang pasukan All-Star yang terdiri daripada bekas-bekas pemain yang pernah mewakili Sibu dan Sarawak. Memang menarik kerana pasukan All-Star telah memberi tunjuk ajar yang terbaik kepada pasukan terbaik karnival. 

Karnival Sofbol Merdeka 2013

Karnival Sofbol Merdeka 2013

Karnival Sofbol Merdeka 2013

Karnival Sofbol Merdeka 2013

Acara akhirnya tamat pada jam 5.30 dengan sedikit majlis penutupan ringkas. Hadiah disampaikan oleh Penolong Ko-Kurikulum, Encik Ibrahim Jahar. Sesi fotografi bagi gambar kenang-kenangan.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Tahniah...satu penganjuran yang baik..

    bila ada umpire,mudahlah

    BalasPadam
  2. hak3.. bola ada sekolah salah bawak.. tibai jer.. ;)

    BalasPadam
  3. nampak macm bola brand diamond...kulit putih tu
    ko pakai bola getah..
    takpalah..yg penting bagi budak2 tu minat dulu

    BalasPadam