About Me

Sistem Aplikasi PBS Bentuk Baru?

Sistem aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bentuk baru selepas melalui proses penambahbaikan akan meringankan beban dan tugas guru di sekolah, kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, sistem itu sedang melalui proses kajian dan penambahbaikan yang dijangka selesai antara dua hingga tiga minggu lagi sebelum dapat dilaksanakan semula. 



"Merujuk kepada respons yang kita terima, banyak yang menyatakan bahawa ia membebankan tugas guru selain ada isu-isu tentang teknologi maklumat (ICT) (dari segi) perhubungan dan capaian.
"Semua perkara ini sedang dilihat secara menyeluruh dan kajian yang dilakukan mengambil kira pendapat dan pandangan semua pihak," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan wacana pada majlis Siri Wacana Fikrah Ummah: Ulul Albab dalam Pembangunan Pendidikan Negara, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kajian PBS selepas pelaksanaannya di sekolah ditangguhkan bagi kajian semula seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Sistem itu yang merupakan transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik, didakwa membebankan guru ekoran sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam. 



Sistem Aplikasi PBS Bentuk Baru?


Idris berkata, PBS adalah satu sistem yang amat baik namun menghadapi kesulitan dari segi pelaksanaannya sahaja yang perlu ditambahbaik. 

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian telah melaksanakan program pendidikan Ulul Albab di tiga buah sekolah menengah iaitu di Pahang, Kedah dan Kuala Lumpur pada tahun ini.

Katanya, sekolah-sekolah tersebut kini telah mengguna pakai model pembelajaran Ulul Albab yang mengintegrasikan pendidikan sedia ada iaitu sains tulen dengan program aliran agama termasuk tahfiz Al-Quran.

"Ini model yang digunakan di sekolah-sekolah Imtiaz di Terengganu sejak tahun 1999 dan dikembangkan di Maktab Rendah Sains Mara pada 2009 yang memberi fokus kepada pembangunan akademik dan rohani selain meningkatkan pemikiran aras tinggi para pelajar," katanya.

Katanya, kerajaan berharap dapat menerapkan model itu di sebuah sekolah di setiap negeri pada tahun hadapan bagi memberi peluang lebih ramai palajar mendapat manfaat daripada model itu.

Sumber

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Harap-harap dapat diselesaikan dengan baik.

    BalasPadam
  2. tak sabar tuggu april ni nk tahu perkembangan terkini PBS..kesian juga dengan nasib pelajar form 3 tahun ni, cikgu 2 lagi la kesian kan? heheh

    BalasPadam
  3. ya lah.. sekarang nih punya info pun macam2 kita dapat sampai tak tahu mana satu yang betul.. mudah2an ada ketetapan yang boleh memudahkan kita atur untuk masa depan

    BalasPadam
  4. harap maaf, tetapi apakah yang akan berlaku pada bulan April, adakah pbs akan ditambah baik atau akan dibubarkan

    BalasPadam
  5. patut ada pmr dari pbs ni. :/

    jemput singgah http://iluvtour.com

    BalasPadam
  6. setakat yang cikgu faham, dikaji semula bagi penambahbaikan.. apa2 pun kita tunggu lah diorang punya keputusan yer..

    BalasPadam