About Me

Perkumuhan Dalam Tumbuhan

Perkumuhan adalah proses membuang bahan yang berlebihan dan tidak diperlukan oleh badan. Kebiasaannya seperti yang kita fahami hanya manusia dan haiwan sahaja yang berkumuh. Tetapi hakikatnya, tumbuhan juga berkumuh dengan caranya tersendiri.

Tumbuhan berkumuh


Tumbuhan berkumuh melalui proses fotosintesis di mana oksigen yang berlebihan akan dibebaskan sebagai bahan buangan. Manakala melalui proses transpirasi pula, air yang berlebihan akan disingkirkan. Sebahagian bahan buangan pula akan disimpan dalam daun sehingga daun tersebut gugur.

Perkumuhan Dalam Tumbuhan

Selain daripada itu, sintesis kimia yang berlaku dalam tumbuhan pula dapat menghasilkan bahan buangan yang lebih kompleks seperti lateks (susu getah) dan juga kafein. Walaubagaimanapun, bahan buangan kompleks ini ada yang bermanfaat kepada manusia dan ada juga yang boleh membahayakan manusia.

Bahan Buangan Kompleks Yang Berguna
Lateks - digunakan untuk membuat tayar dan sarung tangan
Tannin - digunakan dalam pembuatan dakwat
Resin - digunakan dalam pembuatan varnis dan cat
Minyak - digunakan dalam pembuatan minyak wangi
Kuinina - digunakan untuk merawat malaria


Bahan Buangan Kompleks Yang Berbahaya
Nikotina - boleh menyebabkan kanser peparu
Kokaina - boleh menyebabkan ketagihan
Morfina - boleh melambatkan tindakbalas badan
Kafein - boleh menyebabkan insomnia

Catat Ulasan

18 Ulasan