About Me

Majlis Perpisahan Pengetua [video]

Buat yang tengah mencari-cari idea untuk video dan gimik sempena perpisahan, perpindahan atau persaraan pengetua, saya cadangkan anda tonton video terbaru yang saya hasilkan ini. Video perpisahan Pengetua sekolah saya, Mr Tan Hock Sang yang akan berpindah bagi menjawat jawatan baru sebagai SIP+ (school improvement partners) di PPD Sibu bermula minggu depan.


Sebenarnya, sejarah perkhidmatan beliau di SMK Luar Bandar No.1 Sibu nih merupakan perkhidmatan kali kedua. Kali pertama adalah sebagai Penolong Kanan 1, dan kemudian kembali pada tahun 2004 sebagai Pengetua. Hampir 10 tahun beliau berada di sana sebagai Pengetua. Malah sebenarnya sedang menunggu tempoh persaraan beliau yang dijangka pada bulan Oktober tahun ini juga.

Sebagai Pengetua Cemerlang DG54, sebenarnya banyak perkara yang saya belajar dari beliau. Beberapa perkara berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan dapat dipelajari dengan memerhatikan tindakan beliau. Nak tanya direct, malu.

Video perpisahan Pengetua sekolah saya, Mr Tan Hock Sang

Yang saya puji dah tentu lah hal yang berkaitan dengan peningkatan tahap profesionalisma guru di sekolah saya. Semua guru-guru yang cukup tempoh sangat digalakkan oleh beliau untuk memohon jawatan Guru Cemerlang. Konsep "Paksa-Rela". Dengan "paksaan" beliau maka terlahirlah ramai Guru Cemerlang di sekolah saya. 

Kasihan juga dengan rakan guru yang berada di sekolah lain, walaupun jauh lebih daripada layak, tetapi tidak pernah mendapat berita, galakan atau sokongan untuk memohon Guru Cemerlang dari pengetua masing-masing. Jadi saya anggap ini satu kelebihan kepada Mr Tan yang inginkan semua guru di bawah seliaanya guru yang cemerlang belaka.

Ucapan akhir, Terima kasih banyak atas segala budi dan jasa baik dalam mendidik saya menjadi seorang guru seperti seadanya saya sekarang. Saya ucapkan selamat maju jaya serta semoga gembira berkhidmat sebagai SIP+. Saya yakin banyak perkara yang beliau boleh kongsikan melalui pengalaman beliau sebagai Pengetua Cemerlang!


p/s: Video ini video sedih k.. So sediakan banyak tisu sebelum anda menonton!

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Air mata bergenang2 ni... hihi. TQ MrTan Hock Sang. U r a leader. :)

    BalasPadam