About Me

Kertas Soalan Matematik SPM Tidak Bocor!

Siasatan polis mendapati tidak berlaku kebocoran kertas soalan subjek Matematik dan Matematik Tambahan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti yang didakwa berlaku dalam satu seminar di Setiawangsa di sini, bulan lalu. Sumber

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata polis telah memanggil dan mengambil keterangan 56 pelajar yang menghadiri seminar itu dan mendapati tiada pengedaran kertas soalan seperti didakwa.

Kertas Soalan Matematik SPM Tidak Bocor!



“Siasatan mendapati, seminar yang diadakan di sebuah masjid itu membincangkan kertas soalan peperiksaan tahun sebelumnya dan soalan ramalan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Siasatan dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas polis menerima aduan tiga individu yang mendakwa soalan ramalan diajar dalam seminar itu sama dengan kertas Matematik SPM. Sumber


Pada tarikh yang sama juga, Lembaga Peperiksaan mengeluarkan kenyataan maklumbalas berhubung dengan isu yang sama. Dalam kenyataan nya kepada akhbar, Lembaga Peperiksaan turut memberitahu prosedur khusus berhubung pengendalian sebelum, semasa dan selepas peperiksaan. 

Pihak LP amat menghargai keprihatinan dan kerjasama semua pihak dalam memelihara integriti dan kredibiliti pengendalian peperiksaan berkenaan. Walau bagaimanapun, pihak LP akan terus menjalankan siasatan berkaitan aduan kebocoran tersebut dan tindakan susulan akan diambil setelah siasatan lengkap dijalankan.

Di akhir kenyataan tersebut juga memaklumkan bahawa bahawa Lembaga Peperiksaan akan terus menjalankan siasatan dan akan mengambil tindakan susulan setelah siasatan lengkap dijalankan. Sumber


Diharapkan dengan ini juga, segala pertelingkahan yang membabitkan isu soalan bocor dapat dihentikan. Walaupun pasti ada yang tak berpuas hati, tapi saya yakin Tuhan itu Maha Adil. Bagi yang berusaha gigih, sudah pasti akan dikurniakanNya dengan keputusan yang baik. Manakala bagi yang menipu dan menggunakan helah lain, pun sudah pasti Tuhan pun ada cara yang terbaik untuk 'mengajar' mereka.

Catat Ulasan

1 Ulasan