.

.

KARTiKEL

Khamis, 5 Disember 2013

Isu Soalan Bocor SPM : Maklum Balas Dari Lembaga Peperiksaan Malaysia

MAKLUM BALAS LAPORAN AKHBAR
DAKWAAN KEBOCORAN KERTAS PEPERIKSAAN SPM 2013
 
Dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Peperiksaan (LP) telah menerima aduan berkaitan dakwaan kebocoran kertas soalan Mathematics dan Additional Mathematics peperiksaan SPM 2013.
 
Lembaga Peperiksaan Malaysia LPM
 
Sehubungan dengan itu, pihak LP ingin memaklumkan bahawa sebagai sebuah institusi awam yang tertakluk dibawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), LP bertanggungjawab untuk mengurus dan mengendalikan peperiksaan awam di Malaysia. LP sentiasa memelihara kredibiliti dan integriti pengendalian peperiksaan dengan mematuhi Arahan Keselamatan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia. Pihak LP juga sentiasa mengambil tindakan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan bagi memastikan pengendalian peperiksaan dijalankan dengan penuh integriti melalui tindakan berikut:
 
  1. Memberi taklimat peringatan dan amaran kepada semua petugas peperiksaan dan pentadbir sekolah tentang pengurusan peperiksaan.
  2. Menyediakan Prosedur Standard Operasi serta Garis Panduan dan Senarai Semak Petugas Peperiksaan supaya petugas peperiksaan mematuhi prosedur pengurusan pusat peperiksaan.
  3. Menjalankan pemantauan pusat peperiksaan dan bilik kebal di seluruh negara sepanjang penghantaran kertas soalan dan tempoh peperiksaan.
  4. Menubuhkan Pasukan Flying Squad bagi mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan sepanjang tempoh peperiksaan dikendalikan.
  5. Menyediakan Bilik Gerakan Peperiksaan bagi menerima aduan dan maklum balas daripada pihak awam sepanjang peperiksaan dilaksanakan.
 
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan untuk mematuhi segala prosedur yang telah ditetapkan demi menjamin keselamatan dan kewibawaan peperiksaan yang mempunyai kepentingan awam.
 
Pihak LP amat menghargai keprihatinan dan kerjasama semua pihak dalam memelihara integriti dan kredibiliti pengendalian peperiksaan berkenaan. Walau bagaimanapun, pihak LP akan terus menjalankan siasatan berkaitan aduan kebocoran tersebut dan tindakan susulan akan diambil setelah siasatan lengkap dijalankan.
 
 
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 
 
 

3 ulasan:

  1. ohh apa kata berita harian harini siasatan mengatakan tiada kebocoran. sudah2 lah tu.

    BalasPadam
  2. cikgu. semalam kwn ade dengar berita .. betul ke pmr tak jadi mansuh :?
    http://botak-gambus.blogspot.com/2013/12/pmr-tak-jadi-dimansuhkan.html

    BalasPadam
  3. fuhh..macam-macam sekarang yekk.

    BalasPadam