About Me

Kisah Syed Ahmad dan Siti Sarah : Ini Baru Betul Ikon!

Alhamdulillah, petang ini sedang blogwalking sana sini, terjumpa dengan artikel yang sangat menarik perhatian saya di blog Dr Zainur Rashid Zainuddin mengenai kisah pasangan muda yang saya rasakan wajar dan patut dijadikan contoh oleh anak-anak muda, terutamanya yang beragama Islam. Memandangkan blog saya ini juga menyasarkan golongan pelajar sebagai pembaca utama, maka saya rasa eloklah jika sekiranya kisah mereka ini turut dikongsikan sebagai sumber inspirasi kepada adik-adik pelajar semua. Semoga suatu hari nanti, kita juga dapat jadi seHEBAT mereka berdua, inshaAllah!


Kisah Syed Ahmad dan Siti Sarah : Ini Baru Betul Ikon Muda Islam

SYED AHMAD ISRAA’ SYED IBRAHIM telah dilahir di Amerika Syarikat dan dibesarkan di Selangor. Beliau menerima pendidikan awal di Sek Ren Islam Hira’ dan kemudiannya pendidikan menengah di Sek Men Islam Hira’ dengan mencapai keputusan cemerlangt 9A PMR. 

Syed Isra’ menyambung pembelajarannya di Maahad Tahfiz Al Quran Hira’ selama dua tahun dan telah Berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk tersebut dalam tempoh ‘6 bulan’. Beliau meneruskan pengajian menengah atas dalam aliran sains dan mendapat keputusan cemerlang 12A SPM. 

Beliau membuat keputusan untuk meneruskan pengajian di peringkat STAM di SM Al-Hidayah Ipoh dan telah mendapat pencapaian cemerlang (10 Mumtaz) dalam semua mata-pelajarannya. Syed terpilih untuk mendapat Anugerah Utama STAM peringkat nasional oleh JAKIM (sebagai pelajar terbaik seluruh Malaysia). 

Rekod cemerlangnya diteruskan dengan menyambung pelajaran di Univ Al Azhar, Mesir dengan tajaan biasiswa MAIWP . Di sepanjang 4 tahun pengajiannya, beliau mendapat keputusan Jayyid Jiddan dengan ranking pertama bagi pelajar-pelajar dari Malaysia. 

Baru-baru ini beliau lulus graduasi Al-Azhar pada tahun 2013 dengan pangkat ‘Jayyid Jiddan Ma’a Martabat As-Sharaf’ ( Very Good with Honors), yang juga merupakan ranking pertama bagi semua mahasiswa Malaysia di Al-Azhar (tahun akademik 2012/13). 

Bukan sahaja cemerlang di bidang akademik, beliau juga adalah seorang aktivis mahasiswa yang begitu berbakat di dalam pelbagai bidang seperti penulisan, fotografi, politik semasa dan juga perundangan.
 
Kisah Syed Ahmad dan Siti Sarah : Ini Baru Betul Ikon Muda Islam


Isterinya bernama SITI SARAH AMRAN, yang telah dilahirkan di Johor sebelum dibesarkan di Negeri Sembilan. Beliau menerima pendidikan awal di Sek Ren Sri ABIM, Seremban dan menyambung pendidikan menengahnya di Maahad Ahmadi, Gemencheh dengan cemerlang sehingga mendapat 9A di dalam PMR. 

Siti Sarah kemudiannya menyambung pendidikan menengah di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dalam aliran sains dan mendapat keputusan cemerlang 10A dalam SPM. Beliau pernah terpilih mewakili KISAS untuk Pameran Inovasi Sains di hadapan DYMM Sultan Selangor. 

Tokoh muda ini menyambung pengajian pasca SPM di Darul Quran dan menamatkan persijilan tahfiz Darul Quran (30 juzuk) selama setahun setengah dan mendapat pangkat cemerlang dengan kepujian. 

Beliau telah ditawarkan biasiswa MAINS untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Univ Ain Shams, Kaherah. Kini di tahun akhir Perubatan Univ Ain Shams, Kaherah di samping menjadi ibu kepada seorang anak.

Di dalam kesibukannya sebagai seorang mahasiswi perubatan, seorang isteri, seorang ibu, dan seorang aktivis dakwah, Siti Sarah juga bakal mencipta satu sejarah yang baru kerana beliau sedang menamatkan sanad bacaan Al-Quran 10 qiraat secara jamak dengan Sheikhah Effat Abd Hamed di Cairo.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar


 

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Subhanallah! hebatnya mereka. Memang bagus untuk ketengahkan pada para pelajar kita.

    BalasPadam
  2. memang hebat... full package bak kata kawan saya..
    semoga mereka berdua jadik inspirasi kepada ramai lagi pelajar-pelajar kat luar sana..

    BalasPadam
  3. dari terkinja2 buat kerja bodo ni baru la contoh

    BalasPadam
  4. memang hebat..susah nak cari pelajar macam ni..

    BalasPadam
  5. kisah yang dapat memberi motivasi kepada pelajar sekolah hari ini.

    BalasPadam
  6. inshaAllah.. orang hebat camnih lah yang patut dijadikan ikutan

    BalasPadam
  7. harap saya dapat jadi macam SITI SARAH :) nampak bahagia jaa rumah tangga . ;)

    BalasPadam
  8. InshaAllah Fatin.. semoga yang terbaek dijadikan teladan

    BalasPadam
  9. amin.. suka sangat pasangan ni, kalau kita baik mesti Allah hadiahkan yang terbaik juga kan.

    BalasPadam
  10. Org yg Hafiz Al-Quran, mmg mudah terima ilmu pengetahuan. Subhanallah.

    BalasPadam
  11. Kelebihan mereka kan?.. semoga jadi manfaat untuk orang lain juga

    BalasPadam
  12. sangat termotivasi..part 10 qiraat tu memang dasyatlah..bukan senang tu nak menghafal sampai 10 jenis bacaan al-quran yang berbeza wajah bacaannya..

    BalasPadam