Sebanyak 40 peratus soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 
(UPSR) dan 50 peratus soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan 
berbentuk pemikiran aras tinggi menjelang 2016. Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan itu bermaksud guru tidak lagi 
perlu meramal soalan dan topik yang akan diuji dan melaksanakan latih 
tubi bagi mengingati kandungan pelajaran.
   
 "Sebaliknya murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan 
mengaplikasi pengetahuan dalam situasi berbeza," demikian menurut Pelan 
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
   
 Pelan itu dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini. 
  
 Dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi, kurikulum peperiksaan 
dan pentaksiran untuk mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan 
Matematik (STEM) juga akan dikaji semula. Untuk itu, murid akan mendapat tambahan masa pengajaran dan penekanan 
terhadap aplikasi pengetahuan yang praktikal melalui amali makmal dan 
pembelajaran berasaskan projek, khusus bagi mata pelajaran Sains dan 
Matematik.
 
 Dalam usaha memastikan setiap murid menguasai kemahiran bahasa 
Inggeris, Kementerian Pendidikan menetapkan bahasa Inggeris sebagai 
kertas wajib lulus di peringkat SPM bermula 2016. Bagi membantu murid memenuhi keperluan itu, Kementerian Pendidikan akan
 melaksanakan Sistem Set iaitu membahagikan guru kepada kumpulan atau 
set tertentu bagi membolehkan mereka merangka pendekatan pedagogi yang 
sesuai dengan tahap kemahiran dan keperluan pembelajaran murid.
   
 Bagi meningkatkan pengajaran bahasa Inggeris, semua 61,000 guru bahasa 
Inggeris juga diwajibkan mengikuti Ujian Penempatan Cambridge (CPT) 
dalam tempoh dua tahun. Berhubung usaha melahirkan rakyat yang menghayati nilai sejagat, pelan 
itu menggariskan bahawa Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral 
perlu diperkukuh dengan tumpuan diberikan kepada perpaduan dan memupuk 
persefahaman yang erat antara murid.
   
 Dengan itu, setiap murid sekolah rendah dan menengah perlu melibatkan 
diri dalam khidmat komuniti di mana elemen komuniti akan dijadikan 
prasyarat untuk kelulusan bagi sekolah menengah. Selain itu, keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab dan 1Badan 
Beruniform juga akan diperkukuh, dan bagi meningkatkan kualiti aktiviti 
yang ditawarkan di sekolah, guru penasihat aktiviti akan diberi latihan 
bersasaran oleh kementerian.
   
 "Kementerian juga akan mengkaji kemungkinan mewajibkan penglibatan ini 
sebagai syarat tamat pengajian dan pemberian biasiswa di peringkat 
pengajian tinggi," menurut pelan itu. - Bernama
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
 

 
 
 
 
 
5 Ulasan
bagus juga bila kementerian buat keputusan macam ni. Selama student mengharapkan soalan ramalan. Otak student harus dikerah dan diasah dengan HOTS (High Order Thinking Skill)..
BalasPadamjemput singgah sini...
http://mindakabur.blogspot.com/2013/09/menyerlahkan-bakat-atau-sekadar-mencapap.html
yer setuju.. pelajar perlu diajar untuk berfikir dengan kreatif.. bukan sekadar menghafal
BalasPadamAdakah buku teks SPM 2016 sama?
BalasPadamya.. masih sama
Padamhi, adakah format untuk subjek chemistry sama? contohnya kertas 3 mengikut format baru atau praktikal dalam kelas? thank you
BalasPadam