Ini adalah kebakaran rumah panjang yang kedua melibatkan pelajar dari SMK Luar Bandar No.1 Sibu. Yang pertama adalah Rumah Panjang Das di Stapang yang juga telah hangus terbakar pada 14 Ogos 2013, iaitu semasa cuti Hari Raya yang lalu. Pada kejadian ini, hampir 20 orang pelajar yang merupakan penghuni di rumah panjang berkenaan merupakan pelajar sekolah ini.
Sebenarnya, jika dilihat semula sepanjang tahun 2013, kebakaran sering sangat berlaku di Sarawak, khususnya di Sibu. Bermula dengan kejadian di Kampung Datu, Sibu sehinggalah kes yang terbaru, sudah lebih puluhan kes kebakaran yang kita dengar. Semoga pihak yang berwajib, dapat mengambil tindakan yang sepatutnya.
Buat anak-anak pelajar yang dikasihi, semoga tabah menghadapi dugaan hidup. InshaAllah, bantuan daripada pihak sekolah dan juga pihak lain akan menyusul meringankan beban. Tabahlah!
3 Ulasan
Apa punca agaknya...litar pintas ke? kenapa tak cuba padam ye?
BalasPadamcamana leh jadi ek?
BalasPadamrasanya litar pintas kot.. tapi mcm biasa lah.. bila dah berlaku, macam2 cerita plak ble dengar.. penagih dadah punya kerja lah.. nenek tua masak air terlupa lah..
BalasPadam