Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 pada 6 September 2013. Pelan itu menyaksikan sebanyak 11 anjakan melibatkan transformasi dari segi sistem pendidikan negara.
Berikut merupakan 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Di samping itu, proses transformasi sistem pendidikan turut akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun menerusi tiga gelombang:
1. Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem
dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
2. Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan penambahbaikan sistem.
3. Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.
Pelan ini juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat
utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global, iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.
Klik di SINI untuk download Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
9 Ulasan
cikgu join tak program latihan KBAT di RECSAM?
BalasPadamdah lepas ke belum lepas tuh?
BalasPadamcamna nak apply ek?..
macam berminat jer.. ;)
2-20 september. rasanya PPD yang hantar nama pada JPN. Ada ramai cikgu2 serawak kat sini. Sy tercari-cari cikgu, kot2 cikgu pun kena join kursus KBAT ni.
BalasPadamowh.. xde rezeki saya lah tu maknanya.. mungkin lain kali kot.. ;)
BalasPadamhai cikgu2. saya cikgu zul
BalasPadaminfo yg sangat berguna.. thanks!! ^_^
BalasPadamowh.. xde rezeki saya lah tu maknanya
BalasPadamapeni!!!!! x dapat download yg pppm sejarah lahhhh!!!!!!
BalasPadamSangat meembantu guru dalam menajalankan tugas
BalasPadam