About Me

Matrikulasi 2014/2015 : Cara Permohonan Melalui Internet

Saya kongsikan bagaimana cara untuk membuat permohonan ke program matrikulasi 2014/2015 melalui internet. Permohonan bagi Program Matrikulasi ini sudah diiklankan sejak dari Julai 2013, dan akan berakhir Oktober 2013. Pembelian no pin, boleh dilakukan di Bank Simpanan Nasional (BSN), dengan bayaran RM6.00. Untuk syarat-syarat permohonan, boleh baca di SINI

Matrikulasi 2014/2015 : Cara Permohonan Melalui Internet


CARA PERMOHONAN



Permohonan Melalui Internet

a.     Pelajar boleh membeli No. Pengenalan Individu (No. Pin) 5 digit di mana-mana kaunter BSN dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam Sahaja) termasuk komisyen dengan menggunakan No. Kad Pengenalan yang didaftarkan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

b.     Sebelum meninggalkan kaunter sila pastikan menerima resit bayaran yang tercetak :

i.    bayaran telah dibuat atas nama ”Pengarah Bahagian Matrikulasi” ke nombor akaun   1410 0290 0021 1897

ii.      No Kad Pengenalan yang sama seperti yang didaftarkan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)

iii.     No. Pin 5 digit

c.      Pelajar juga boleh membuat bayaran PMI di mesin ATM BSN (bagi pemegang akaun GIRO / Wadiah BSN sahaja). Sila ikut arahan di skrin mesin ATM tersebut.

d.     Nombor PIN digunakan untuk mengemukakan permohonan matrikulasi dan juga untuk membuat pindaan atau pembetulan butiran permohonan. Pindaan atau pembetulan permohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup sebanyak tiga (3) kali sahaja. Nombor PIN ini hendaklah dirahsiakan.

e.      Pelajar dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan dan diikuti dengan nombor PIN untuk membuat permohonan.

f.      Pelajar yang terlupa atau hilang nombor PINnya boleh mendapatkan nombor PIN tersebut dengan membayar RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam Sahaja) di mana-mana kaunter BSN.

g.     Permohonan matrikulasi boleh dibuat melalui internet dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm mulai 01 Julai hingga 10 Oktober 2013.

h.      Baca dan fahami Panduan Permohonan Melalui Internet (PMI) yang terdapat dalam laman web tersebut.

i.       Setelah selesai mengisi maklumat dalam PMI, sila klik butang ’HANTAR’ dan mencetak halaman yang mempunyai no. rujukan 6 digit ini sebagai bukti penghantaran permohonan.

j.       Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Oktober 2013.


SEMAKAN

a.      Pelajar boleh membuat semakan untuk mengemas kini alamat pada awal Februari 2014.

b.     Untuk semakan keputusan permohonan pelajar boleh melayari laman web http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm pada bulan April 2014 dengan menggunakan no. Kad Pengenalan yang didaftarkan dengan LPM. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Applying through the internet was a headache for me you know slow internet is the biggest problem while doing these kinds of things. There are many cable and internet retailers who provide cheap and best satellite TV deals, and internet deals but the main thing is that i don't have one

    BalasPadam