About Me

Permohonan Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2014 / 2015

Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini dengan sukacitanya memaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2014/2015 telah dibuka mulai 1 Julai 2013 sehingga 10 Oktober 2013. Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon di sini. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau sila klik di sini.


Permohonan Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2014 / 2015

Di sini saya sertakan beberapa maklumat berkaitan yang boleh dijadikan rujukan.

Kelayakan Memohon
Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih 20 tahun pada 1 Januari 2014 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2013. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam peperiksaan SPM tahun 2013


JURUSAN SAINS (M001)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.

JURUSAN PERAKAUNAN (M003)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana-mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan,Ekonomi Asas,Perdagangan,Pengajian Keusahawan,Sains Tambahan,Fizik,Kimia,Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian /Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan)

ALIRAN TEKNIKAL (M007)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteaan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan.



Syarat Minimum
Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi adalah seperti berikut 

JURUSAN SAINS (M001)
C   Bahasa Melayu
C   Bahasa Inggeris
B   Matematik
C   Matematik Tambahan
C   Kimia
C   dalam salah satu mata pelajaran berikut : Fizik / Biologi

JURUSAN PERAKAUNAN (M003)
C   Bahasa Melayu
C   Bahasa Inggeris
C   Matematik
C   dalam 2 mata pelajaran berikut : Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Mata Pelajaran Teknik
E   Matematik Tambahan

ALIRAN TEKNIKAL (M007)
C   Bahasa Melayu
C   Bahasa Inggeris
B   Matematik
C   Matematik Tambahan
C   Fizik
C   dalam 1 mata pelajaran berikut : Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
E   Kimia
B   Lukisan Kejuruteraan


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. ha..elok ni. leh la jadi rujukan budak-budak sekolah nanti.

    BalasPadam
  2. inshaAllah.. sekurang2nya boleh gak budak-budak sekolah nih set target untuk subjek yang mereka perlukan masa nak memohon nanti...

    BalasPadam
  3. adik aku dah dftar matriks tahun ini.. tp keluar balik sbb ada tawaran lebih baik. hehe

    BalasPadam
  4. bagus.. klau ada pilihan yang lebih baik, baik pegi jek.. ;)

    BalasPadam
  5. anak saya cuba nak daftar matriks..boleh ke? sebab dia belajar di Sekolah menengah Vokasional dan taun ni final exam spm...

    BalasPadam
  6. saya rasa tak ada masalah selagi anak Puan ada ambik SPM dan subjek seperti yang dinyatakan kat atas.. Selamat Mencuba yer.. ;)

    BalasPadam
  7. cikgu,nak tanye ni.. bolehkah pelajar kolej vokasional masuk matrikulasi? & kolej matrikulasi ni ada banyak bidang erk?contohnye bidang vokasional-ambil spm,kolej vokasional-dvm dsb.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya boleh je kot... kalau tak salah untuk Jurusan Sains Fizikal.. boleh tengok syarat dan panduan Kolej Matrikulasi.. ada maklumat lebih banyak kat situ

      Padam