About Me

7 Makanan Hebat Untuk Buang Toksin Dari Badan Dengan Cepat

Semua orang tahu bahawa betapa pentingnya proses penyingkiran bahan-bahan tidak berguna daripada badan. Walaubagaimanapun badan kita sebenarnya seringkali dibebankan dengan proses pencernaan bahan-bahan makanan yang berat dan tidak berkhasiat. Ditambah lagi pertambahan toksin-toksin dalam badan yang diambil secara langsung ataupun tidak melalui makanan, air, produk pembersihan dan kosmetik. Hakikatnya memang ada banyak kaedah detokfikasi yang boleh dilakukan, namun kita harus sedar bahawa kaedah semulajadi jugalah yang merupakan kaedah yang terbaik!

1) Aloe Vera
Aloe vera atau pun lebih dikenali sebagai Lidah Buaya merupakan tumbuhan yang sangat hebat dalam menyingkirkan toksin dari badan, selain daripada membetulkan fungsi perut dan usus. Digalakkan bagi kita untuk minum secawan jus aloe vera yang asli dan segar bagi memperbaiki sistem imunisasi dan merangsang penghasilan sel darah putih yang digunakan untuk melawan penyakit.

Aloe vera


2) Dandelion
Dandelion digunakan sejak dari dulu lagi untuk membersih dan menguatkan hati. Dandelion juga dipercayai sangat berkesan dengan penyakit yang berkaitan dengan hati. Daun dandelion segar dimasukkan dalam secawan jus salad bagi memberikan kesihatan yang terbaik!

Dandelion


3) Kale
Kale merupakan sayuran hijau yang bersifat alkali. Kale yang pahit ini sememangnya mendapat tempat dalam kalangan makanan yang dicadangkan oleh ahli Ayurveda, perubatan tradisional India. Jika tak tahan dengan rasa pahitnya, kale boleh diambil dengan campuran salad-salad lain.

Kale


4) Artichoke
Artichoke wajib dimasukkan dalam senarai makanan untuk detoksifikasi kerana kandungan cynarin dalamnya yang membantu penyingkiran semulajadi toksin dalam badan. Artichoke membersihkan dan melindungi hati, serta sistem pencernaan. Ia juga membantu menguraikan  lemak dan merangsang penghasilan hempedu di hati. 

Artichoke


5) Coriander
Coriander ataupun Ketumbar juga bagus dalam menyingkirkan toksin serta logam berat daripada badan. Selain itu, kandungan pati minyak yang terdapat dalam ketumbar ini juga dapat membantu perembesan enzim dan merangsang sistem pencernaan dengan lebih baik.

Coriander Ketumbar


6) Halia
Halia mengandungi bahan gingerol yang membantu merangsang penyingkiran toksin dan bahan tidak berguna dari badan. Ianya turut membantu meningkatkan tahap metabolisma badan! 30 gram halia setiap hari untuk setiap cawan teh ataupun minuman lain untuk membantu badan berfungsi dengan lebih baik.

Halia


7) Broccoli
Adalah sangat digalakkan untuk memakan satu hidangan brokoli pada setiap hari. Sayuran ini mengandungi sulforaphane, yang membantu badan untuk menghasilkan enzim yang bertanggungjawab menyingkirkan toksin dalam badan. 

Brokoli


Sayuran hijau memang terbukti baik dalam membantu badan untuk menyingkirkan toksin dengan berkesan. Tambahkan juga kuantiti pengambilan air, bagi melancarkan lagi proses pembuangan toksin daripada badan dengan lebih sempurna! Jom amal sekarang!


Sumber

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Nice! Great tips!
    Tapi... tak nak la... minum tok...

    BalasPadam
  2. Wahhh..tips yg berguna..jemput la singgah ke blog saya ye:)
    http : / / Allnutritionforlife.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam alaik anie apa kbr . mudah2an sehat selalu amin

      Padam
  3. dh byk toksin dlm bdn kulit dh gatal2

    BalasPadam
  4. Good info cikgu,,, minum air beralkali juga baik untuk buang toksin dalam badan secara semulajadi --> http://airberalkali.com/

    BalasPadam
  5. Terbaikk..thks..👍👍👍👏👏👏

    BalasPadam
  6. Terbaikk..thks..👍👍👍👏👏👏

    BalasPadam
  7. Informasi hebat.. bahan2 semulajadi dan mudah didapati. Thumbs up!!

    BalasPadam
  8. best best!malam ni juga nak buat. tq cikgu!

    BalasPadam
  9. Apa yang ada di sekitar adalah yang terbaik untuk diamalkan kan, macam lidah buaya, halia dan brokoli. Tapi untuk buat jus, alamak macam ngeri :D Saya biasa buat air halia suam saja, rasanya boleh tahan dan senang didapati sebab ia bahan dapur.

    BalasPadam
  10. Dlm byk byk tu halia yg sering ade

    BalasPadam