About Me

DiGi WWWOW Awards 2013 : 8 Sebab Untuk VOTE Anak Murid Saya!

Assalaamualaikum! Tengok entri di atas pun dah faham kan apa tujuan saya buat pos nih kan?. Saya nak mohon jasa baik Datuk / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik sekalian semua untuk VOTE filem pendek saya anak-anak murid saya untuk DiGi WWWOW Awards 2013 bagi kategori 'Most Inspiring Internet For Good Award'. Anugerah hebat kan? Bukan untuk saya, tapi untuk anak-anak murid saya yang cukup berbakat nih. Saya yakin ada 'kekuatan' yang tersendiri pada produk yang dihasilkan oleh anak-anak murid saya ini.

DiGi WWWOW Awards 2013
 
 Meh saya ceritakan serba sedikit mengenai produk mereka ini.

Pada suatu hari, pada tahun lepas, sekumpulan pelajar-pelajar saya datang menemui saya memohon untuk menghasilkan satu persembahan bagi sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Oleh sebab filem pendek merupakan trend terkini, maka mereka pun nak membuat percubaan. Setelah difikir, maka cerpen 'Kasut Kelopak Jantung' ini dipilih kerana banyak sebab. Jalan cerita yang menarik dan terharu, kaya dengan nilai murni dan pengajaran, manfaat kepada pelajar dan guru (seluruh Malaysia) dan ada nilai sentimental! Mereka menggunakan bahan dan peralatan yang sangat terhad. Semua pinjam dari cikgu nya. Nak bergerak pun semua dengan kereta buruk cikgu nya. Tetapi alhamdulillah, jika kita ada usaha yang bersungguh dan niat yang baik, semua pekerjaan akan menjadi mudah. Hasil filem pendek mereka ditayangkan semasa sambutan Hari Guru 2011. Ramai yang menitiskan air mata. Termasuk cikgu-cikgu.. Filem pendek ini dikomersialkan lagi dengan diupload masuk Youtube. Selepas itu, bermula lah sejarah!

Kenapa anda perlu VOTE filem pendek ini?
1. Filem pendek 'Kasut Kelopak Jantung' ini dihasilkan oleh cetusan idea dan kreativiti pelajar-pelajar saya. Walaupun mereka ini (1) budak-budak kampung, (2) sekolah yang jauh di pedalaman Sarawak, (3) pastu kurang terdedah dengan benda-benda IT nih, (4) line internet 2G yang selalu putus-putus, (kesian kan?) namun mereka masih mampu mengkreatifkan diri dan membuktikan bahawa dengan peluang yang betul, maka mereka pun boleh bersaing dengan rakan-rakan sebaya mereka yang lain di bandar. Sila sayangi mereka dengan mengVOTE yer..

2. Filem pendek karya Dr Ghazali Lateh ini juga adalah cerita pendek daripada Novel KOMSAS 'Kasut Kelopak Jantung' iaitu sebahagian daripada buku teks Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan 1 di seluruh Malaysia. Jadi dengan penghasilan filem pendek ini juga dapat membantu pelajar Tingkatan 1 di seluruh Malaysia bagi memahami cerpen komponen sastera Melayu ini. Al-maklumlah, zaman sekarang nih, tak ramai budak yang suka membaca buku yang tebal. Lagi2 lah buku akademik. Kalau malas membaca, boleh tonton saja video ini di Youtube.

3. Bukan setakat membantu pelajar, malah Cikgu-cikgu Bahasa Melayu juga boleh menggunakan filem pendek ini sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Di dalam menanamkan minat dan sayang kepada Kesusasteraan Melayu, tentu kaedah baru yang lebih semasa ini banyak membantu guru-guru. Tentu lebih menarik kan kalau belajar sambil tengok video? Suka nyer.. (poyo!)

4. Filem pendek ini juga sangat popular (perasan!) di carian Google. Tak percaya? Cuba search 'Kasut Kelopak Jantung' di Google, pasti anda akan terpandang link ke video ini di Youtube. Ini juga menunjukkan betapa ramai yang dah menonton filem pendek ini, sehinggakan Encik Google pun turut mencadangkan nya di muka surat pertama.

5. Melalui filem pendek ini juga, inshaAllah akan menghasilkan lebih ramai lagi pelajar yang meminati cabang Sastera Melayu. Sebab itu lah, filem pendek ini masih mengekalkan keaslian cerpen dan jalan cerita nya bagi membolehkan ramai yang menghayati erti sebenar keindahan Bahasa Melayu.

6. Tahukah anda, melalui kejayaan filem pendek ini juga, tidak mustahil kita akan melihat lebih ramai lagi bakat-bakat muda baru dari seluruh Malaysia. Terutamanya bakat-bakat terpendam dari kawasan bukan bandar yang sedikit kekurangan fasiliti, pendedahan dan kemudahan berbanding budak bandar. Ini lah masanya untuk kita bagi peluang kepada mereka! Sila sayangi mereka dengan mengVOTE lagi yer..

7. Saya akui, filem pendek ini banyak kekurangan nya kalau dari kaca mata Syamsul Yusof yang dah ada pengalaman luas dalam bidang ini. Tapi sebagai filem pendek amatur yang dihasilkan oleh pelajar luar bandar yang kali pertama pegang kamera mahal, saya rasa ini dah jauh lebih melepasi tahap mereka. Mana tahu, kalau kita bagi lagi peluang untuk mereka, mereka boleh hasilkan produk yang jauh lebih baik dan bermutu..

8. Pencapaian semasa filem pendek 'Kasut Kelopak Jantung' di Youtube juga agak membanggakan. Selepas setahun di alam maya, maka filem pendek ini dah mencatatkan hits sebanyak 22,816 dengan 139 Like dan 2 Dislike! Saya juga yakin dengan tayangan nya yang konsisten, filem pendek ini boleh mencecah sehingga 100,000 hits menjelang sebelum akhir tahun ini. He3.. positif.. 

Kalau rasa nak tambahkan lagi hits view untuk filem pendek ini lagi, jom kita tengok sama-sama.. Ambil tisu sekali yer letak kat sebelah.. ;)
 

Ok tak? Ada rasa meleleh air hidung?.. Kalau anda rasa mereka layak untuk menang atas usaha yang telah mereka lakukan ini, sudi-sudikanlah diri anda mengVOTE untuk mereka!




 So, apa saya nak buat kalau saya nak VOTE mereka?.
Senang saja.. 
1. Masuk ke laman web DiGi WWWOW Awards 2013
2. Log in guna Facebook atau pun Google+
3. Dan VOTE untuk mereka!! yeay

 

Catat Ulasan

7 Ulasan