Tahukah anda Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) meramalkan bahawa harimau akan pupus dalam masa 12 tahun lagi, jika tiada inisiatif pemuliharaan dilakukan dengan segera! Setelah kehilangan tiga subspesies harimau, iaitu spesies Bali, Jawa dan Caspian, kini hanya tinggal lebih kurang 3 200 ekor harimau daripada enam subspesies lain.

 
Justeru itu kita perlulah bersama-sama memastikan langkah-langkah pemuliharaan dan pemeliharaan dapat meneruskan kelangsungan hidup bagi semua haiwan-haiwan ini. 

Baca juga di sini 5 haiwan yang hampir mengalami kepupusan di Malaysia


Pemuliharaan
Pemuliharaan bermaksud usaha memulihkan dan memelihara sumber alam semula jadi dengan bijak dan sistematik supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Pemeliharaan
Pemeliharaan pula bermaksud usaha mengekalkan keadaan asal sumber-sumber alam semula jadi daripada musnah.


Langkah-Langkah Pemuliharaan dan Pemeliharaan

1. Penguatkuasaan undang-undang
- menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara dan Akta Perlindungan Hidupan Liar
- mengawal kegiatan pembalakan haram
- mencegah perdagangan haram haiwan dan tumbuhan

2. Hutan Simpanan
- memastikan tumbuhan dan haiwan di dalamnya tidak terancam

3. Tanam Semula
- menggantikan pokok yang telah ditebang

4. Pendidikan
- meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan liar dan persekitarannya

5. Pembalakan secara berpilih
- hanya menebang pokok yang matang

6. Santuari
- mewujudkan tempat perlindungan haiwan dan tumbuhan

7. Pusat pembiakan
- membiakkan haiwan yang hampir pupus

8. Kitar Semula
- menggunakan bahan seperti kertas