About Me

Konspirasi Boston Dah Lama Rancang, Siap Letak Dalam Cerita Kartun

Dunia digegar kan lagi dengan insiden letupan di Boston, semasa satu majlis marathon. Letupan sebanyak dua kali itu, sehingga kini telah mengorbankan 3 nyawa dan mencederakan lebih 100 orang awam dan para peserta marathon. Namun benarkah ini adalah angkara pengganas seperti yang dicanang-canangkan oleh pihak tertentu? Atau sekadar satu lagi "drama" dari Amerika Syarikat selepas masyarakat dah lupa dengan kejadian 11 September?


Konspirasi Boston Dah Lama Rancang, Siap Letak Dalam Cerita Kartun

Di bawah ini saya utarakan beberapa pendapat saya akan perkara yang bakal berlaku ekoran daripada insiden Letupan Boston ini. Teori dan Konspirasi ini mungkin juga boleh membuka mata kita akan "lakonan" pihak tertentu serta akan membuka lebih banyak persoalan yang tidak berjawapan.


Teori 1 : Korea Utara Terlibat
Dalam keadaan konflik antara Korea Utara dan Korea Selatan yang semakin mula berkocakan, tidak mustahil jika Korea Utara atau warganegaranya akan dituduh sebagai pelaku keganasan. Dan seperti biasa, sebagai tindakan ketenteraan, Amerika Syarikat akan masuk campur dan menyerang Korea Utara dengan menggunakan proksinya iaitu Korea Selatan. Tidak menjadi masalah kan? kerana askar-askar Amerika Syarikat memang dah lama pun berkampung di sana. Sekaligus menjadi lesen besar kepada Amerika Syarikat untuk memulakan Perang Dunia Ketiga!


Teori 2 : Orang Islam Terlibat
Ini pun adalah perkara yang sudah boleh dijangkakan daripada pihak Amerika Syarikat. Sentimen Anti-Islam yang telah lama diwujud dan diciptakan sejak Peristiwa 11 September. Konflik di negara Syria, Iran dan tempat lain yang telah bergolak kerana agenda rahsia mereka juga memungkinkan Amerika Syarikat untuk campur tangan atas alasan menangani keganasan dan pengganas. Terkini, dilaporkan seorang remaja Saudi berusia 20 tahun telah ditangkap bagi membantu siasatan. Tak mustahil, perkara ini akan dilanjutkan kepada fasa yang lebih dahsyat lagi untuk fitnah orang Islam. Kita nantikan sahaja drama mereka.


Teori 3 : Kartun "Family Guy" Dah Awal Lagi Tayang
Ini yang paling pelik! Dalam episod Family Guy yang bertajuk "Turban Cowboy" yang telah ditayangkan pada 15 Mac 2013, telah menunjukkan sedutan berita mengenai pengeboman Boston pada keadaan yang lebih kurang sama seperti ketika marathon di Boston. Gambar marathon tersebut terpampang di kaca tv di belakang pengacara. Selain itu, sedutan dalam klip yang sama juga menunjukkan jenaka bagaimana seorang "Muslim" telah menggunakan telefon bimbitnya untuk melakukan letupan tersebut. Confirm dah rancang kan? Boleh tengok kat bawah sedutan klip tersebut.



 
Teori 4 : Dah Siap Buat Page Facebook 2 Hari Awal
Ini pun pelik juga. Suatu page Facebook yang bertajuk " Thoughts Go Out to All Involved In The Boston Explosion" telah dicipta 2 hari sebelum berlakunya kejadian. Tentulah kelihatan seperti terlalu awal untuk diketahui. Walau bagaimana pun, pihak Facebook telah menjelaskan bahawa page memang boleh bertukar tajuk melalui setting yang betul, dan tanpa mempengaruhi tarikh ciptaan page. Bagi mengelakkan lagi lebih banyak kecelaruan, page ini juga telah ditutup.


Teori 5 : Dajjal / AntiChrist Akan Keluar?
Ini persoalan yang ingin ditimbulkan di sini, adakah juga dengan insiden Letupan Boston ini akan merangsang kepada "sesuatu" yang lebih dahsyat? Obama dalam kenyataan nya mengenai insiden ini telah bersumpah akan memberi hukuman dengan "sepenuh keadilan" kepada "pelaku" keganasan tersebut. Kenyataan ini nampak lebih kepada "menghalalkan" tindakan yang akan beliau lakukan selepas ini kepada mana-mana pihak yang akan dituduh.

Mungkin juga ini adalah "Fitnah Terbesar" dalam "Drama Terakhir Akhir Zaman"!
“Thoughts Go out To All Involved In The Boston Explosions” - See more at: http://www.riseearth.com/2013/04/boston-marathon-bombing-hoaxes-and.html#sthash.1q0lgVTl.dpuf
“Thoughts Go out To All Involved In The Boston Explosions” - See more at: http://www.riseearth.com/2013/04/boston-marathon-bombing-hoaxes-and.html#sthash.1q0lgVTl.dpuf



Catat Ulasan

4 Ulasan