About Me

Amerika Jadi Sasaran Terbaru ANONYMOUS Selepas Israel

Baru-baru ini kumpulan hackers terkenal dunia, the ANONYMOUS telah melancarkan Operasi Israel yang menghentam ruang siber Israel. Sekalipun dinafikan oleh pihak-pihak kerajaan Israel akan impaknya terhadap ruang siber, namun usaha daripada kumpulan ini sekurang-kurangnya telah membuka mata banyak pihak lain yang ingin membantu dalam perang Palestin - Israel.

anonymous opusa opisrael


Terbaru, ANONYMOUS sekali lagi melancarkan Perang Siber terhadap Amerika Syarikat, sekutu rapat Israel. Operasi yang dikenali sebagai OPUSA ini akan mengambil tarikh yang sama seperti OPISRAEL, iaitu pada 7/5/2013.


Serangan ini akan menyasarkan laman web dan server yang beroperasi dari Amerika Syarikat, terutamanya yang mempunyai kepentingan terus kepada penyertaan Amerika Syarikat dalam campurtangan di negara asing.


anonymous opusa opisrael

Tujuan OPUSA ini adalah disebabkan oleh penglibatan Amerika Syarikat dalam peperangan di Iraq, Afghanistan dan juga Pakistan. Serangan siber ini adalah lambang sokongan persaudaraan kepada mangsa-mangsa tidak bersalah yang dianiaya oleh askar Amerika, terutamanya kanak-kanak. 


Catat Ulasan

4 Ulasan