About Me

Segmen Blogger Guru dan Cikgu Bersama iskandarX



Segmen Blogger Guru dan Cikgu Bersama iskandarX



OK! 
Saya dah join Segmen Blogger Guru dan Cikgu Bersama iskandarX!

Ini kali pertama saya join benda-benda segmen macam nih. Sebelum nih ada nampak di blog-blog lain masa blogwalking, tapi entahlah, tak pernah rasa nak ikut. Tapi kali ini, saya nak ikut, sebab segmen nih khas untuk BLOGGER GURU  DAN CIKGU! walaupun hadiah dia saya pun tak tau apa benda


Pengalaman jadi cikgu?. Hmm.. Seronok!! Saya mula posting pada tahun 2007, terus dapat kat Sibu, Sarawak. Mula-mula sedih + takut + blur sebab posting jauh sangat dari negeri sendiri, Perlis. 

Tapi, biasa lah, tempat baru.. Mesti lah ambik masa sket nak sesuaikan diri dengan keadaan. Lama-lama dah rasa ok. Dan sentiasa berharap, kalau dapat pindah balik ke Semenanjung, semoga dapat posting kat sekolah yang macam sekolah yang saya ajar sekarang nih!


Hampir 95% pelajar di sekolah saya adalah pelajar berketurunan Iban. Kalau ada yang Melayu / Melanau / Cina, semuanya adalah separa Iban. Maksudnya, sama ada mak atau ayah, salah seorang adalah saudara baru yang berketurunan Iban. 

Jadi secara tak langsung, saya pun dapatlah belajar satu lagi bahasa baru, iaitu Bahasa Iban. Sekarang, selepas hampir 7 tahun mengajar di sekolah ini, saya sudah mampu untuk bertutur dan memberi arahan kepada pelajar dengan menggunakan Bahasa Iban.


Banyak rumah panjang yang saya selalu lawati jika ada kesempatan atau cuti. Malah ada antara ibu bapa pelajar-pelajar yang selalu menghubungi saya bagi bertanyakan khabar sekalipun anak-anak mereka sudah tamat persekolahan di sekolah tersebut. 

Kenangan paling berharga yang paling saya ingat adalah menerima hadiah "Baju Burung", pakaian tenun tradisional masyarakat Iban yang dihasilkan secara tenun tangan sendiri oleh nenek murid saya. Hadiah tersebut saya dapat semasa Hari Guru kira-kira 3 tahun lepas. Memang sangat berharga dan akan saya ingat sampai bila-bila..




Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. wah bestnya... pengalaman banyak ngajar jauh ni......

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana join segmen is, selamat bersegmen.

    BalasPadam
  3. cikgu senior ni..best segmen ni sebab boleh berkenalan dgn cikgu2 blogger.. ;)

    BalasPadam
  4. tak senior pun cikgu azie.. masih banyak lagi kena belajar...

    BalasPadam