Dapat ini jika anda merokok? cemburunya...

Anda Merokok?

Tahniah! 


Jika anda merokok, anda akan dapat:


1) 4000 bahan kimia beracun secara percuma!

2) 63 bahan kimia yang boleh menyebabkan anda mendapat kanser

3) Nikotin yang menyebabkan anda ketagih lagi selepas ini

4) Tembakau yang menyebabkan barah dan penyakit jantung

5)  Peluang cerah untuk terjebak dalam kancah dadah

6) Peluang sehingga 10-20 kali ganda untuk penyakit salur pernafasan

7) Peluang sehingga 10-15 kali ganda untuk barah paru-paru

8) Peluang sehingga 11 kali ganda untuk barah payudara (lelaki pun boleh kena ok!)

9) Peluang sehingga 5-15 kali ganda untuk barah hidung dan tekak

10) Peluang sehingga 3-15 kali ganda untuk barah mulut

11) Peluang sehingga 4-5 kali ganda untuk barah saluran makanan

12) Peluang sehingga 1-3 kali ganda untuk sakit jantung

13) Peluang sehingga 1-3 kali ganda untuk barah buah pinggang

14) Peluang sehingga 2 kali ganda untuk ulser perut

15) Peluang sehingga 2-3 kali ganda untuk Angin Ahmar / Stroke 

16) Otak kurang dapat berfungsi dengan sempurna sebab gas karbon monoksida

17) Telinga kurang aliran darah dan boleh menyebabkan pekak

18) Mata berair dengan radang yang boleh mengganggu penglihatan

19)   Mulut berbau dan gigi kuning

20) Hidung yang kurang berfungsi mengesan bau

21) Kulit kurang peka pada suhu dan cepat berkedut

22) Paru-paru sukar bernafas  

23) Tulang cepat menjadi reput kerana osteoporosis

24) Kemandulan

25) Kurang bernafsu dalam perhubungan

26) Mati pucuk  
  
 
Cemburunya...


p/s: Tengok iklan kesedaran jangan merokok di Thailand yang sangat best kat bawah nih!