About Me

Bagaimana Seorang Pope Baru Kristian Dipilih?


Bermula esok, seramai 115 orang Cardinal akan mula bersidang dan berkurung di Sistine Chapel bagi membuat pemilihan mengenai siapa yang bakal menggantikan Pope Benedict yang telah secara rasminya meletakkan jawatannya sebagai ketua agama Kristian.

Proses ini akan memakan masa beberapa lama, sehingga kata sepakat dalam kalangan Cardinal tersebut dicapai sebelum seorang yang telah diberi kepercayaan dilantik sebagai Pope yang baru.





BAGAIMANA PROSES PEMILIHAN SEORANG POPE?

1. Semua Cardinal dari kawasan masing-masing akan berkumpul di Sistine Chapel, Vatican City. iaitu tempat tradisi berlangsungnya majlis "Papal Conclave" ini sejak tahun 1878 lagi.

2. Cardinal yang layak mengundi hanyalah mereka yang berusia di bawah 80 tahun dengan Amerika Utara diwakili oleh 14 Cardinal, Amerika Latin 19 orang, Asia / Oceania 11 orang, Afrika 19 orang dan paling ramai sekali dari Eropah iaitu 60 orang Cardinal, dengan 28 darinya sahaja dari Itali.

3. Sepanjang tempoh conclave tersebut, semua mereka tidak dibenarkan meninggalkan Vatican City, mahupun menghubungi dunia luar. Sulit lah makna nya nih.

4. Mereka semua akan mengundi secara rahsia, calon dari senarai Cardinal yang dirasakan paling layak dilantik sebagai Pope yang baru.

5. Orang ramai yang memerhatikan daripada luar Sistine Chapel tersebut juga boleh mengetahui keputusan pemilihan Pope tersebut dengan melihat warna asap yang keluar dari cerobong bangunan. Jika asapnya berwarna hitam/kelabu, bermakna keputusan belum dicapai. Tetapi jika asap yang keluar berwarna putih, bermakna seseorang telah dilantik sebagai Pope baru.

6. Sebaik saja asap putih tersebut keluar, maka Pope yang baru juga akan menunjukkan diri di balkoni St Peter Basilica.



SIAPA YANG BAKAL DIPILIH?

Pastinya, suasana pemilihan kali ini agak berbeza berbanding dengan apa yang berlaku pada April 2005. Ini kerana, ketika itu, dunia meratapi pemergian Pope John Paul II akibat keuzuran. Kali ini pula, Benedict XVI secara sukarela meletak jawatan sesuatu yang tidak pernah dialami oleh Gereja Roman Katolik selama 600 tahun. Kali terakhir seorang Pope meletak jawatan ialah Pope Gregory XII pada 1415 manakala kali terakhir seorang Pope meletak jawatan tanpa sebarang tekanan ialah Pope Celestine V pada 1294.

 Tumpuan kini sudah pasti terarah ke Sistine Chapel, lokasi berlangsungnya pemilihan Pope baharu nanti. Persoalan yang berlegar-legar dalam fikiran semua, siapakah yang bakal dipilih sebagai Pope ke-266? Apakah mungkin seorang Pope dari benua Asia akan terpilih? Bersediakah dan sanggupkah para Cardinal untuk menaruh kepercayaan kepada seorang Pope dari Benua Afrika?

Persoalan-persoalan ini berbangkit memandangkan Conclave didominasi oleh Cardinal dari benua Eropah khususnya Itali. Kali terakhir Conclave memilih Pope dari Itali ialah pada 1978 ketika era Pope John Paul 1. 


Sudah ada desas-desus mengenai calon yang disebut-sebut sebagai pengganti Benedict XVI. Antaranya, Cardinal Peter Kodwo Appiah Turkson dari Ghana, Cardinal Francis Arinze dari Nigeria, Cardinal Marc Ouellet dari Kanada, Cardinal Angelo Scola dari Itali, Cardinal Oscar Rodriguez Maradiaga dari Honduras dan Cardinal Leonardo Sandri dari Argentina.




Dari faktor umur, Arinze, 80, mungkin bukanlah pilihan terbaik kerana gereja Roman Katolik pasti tidak mahu satu lagi pemerintahan Pope pendek. Kekerapan penukaran Pope pada dasarnya tidak menguntungkan kepada pihak gereja. Peter Turkson, 64 dan Marc Ouellet, 69, disebut-sebut sebagai calon pilihan setakat ini. Di usia yang agak muda, pemilihan mereka sekurang-kurangnya boleh membantu mengembangkan pertumbuhan Katolisme di Afrika, Amerika Latin dan Asia.


Melihat kepada kadar pertumbuhan Roman Katolik di dunia, benua Afrika kini mencatatkan pertumbuhan paling pantas iaitu 21 peratus dan diikuti oleh benua Asia sebanyak 11 peratus. Manakala pusat utama pertumbuhan Roman Katolik selama ini, Benua Eropah hanya mencatat pertumbuhan sebanyak 2 peratus.


Jika angka-angka berkenaan digunakan sebagai penanda aras, sudah tentu calon-calon dari Asia dan Afrika akan merasakan diri mereka layak. Akan tetapi, segala-galanya bergantung kepada musyawarah kalangan Cardinal yang bersidang.


Sumber

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. oh gud info,.. terima kasih sbb sudi kongsi :)

    BalasPadam
  2. terima kasih mawardi.. sekadar info..

    BalasPadam
  3. oh..patut la hashtag #whitesmoke naik kat twitter rupanya ada kaitan dengan pmilihan popes..huhu..

    BalasPadam
  4. salam,boleh tahu x kat mane nak dapat sumber rujukan ttg pope dgn lebih detail?

    BalasPadam