About Me

Kisah Sebenar Epal Isaac Newton


Kisah Sebenar Epal Isaac Newton


Hampir setiap orang daripada kita percaya bahawa Teori Graviti yang dihasilkan Newton berlaku di sebuah taman yang indah terang benderang, dan buah epal tersebut jatuh atas kepala Newton sehinggakan menimbulkan idea kepada beliau mengenai teori tersebut.

Adakah benar?

Kisah Sebenar Epal Isaac Newton
Sir Isaac Newton (1642-1727) merupakan salah seorang saintis terulung yang pernah hidup. Jauh lebih banyak daripada orang lain, Newton mencurahkan minat dan bakatnya dalam banyak bidang seperti klasik mekanik, optik dan juga matematik.

Beliau juga merupakan seorang alchemist yang cenderung untuk mengkaji bagaimana nak tukarkan objek biasa kepada emas. Sangat obses dengan Bible dan cuba meramalkan hari kiamat, kisah sebenar di sebalik epal yang terkenal sangat jarang kita dengar.

Kisah sebenarnya?

London's Royal Society telah mengeluarkan sebuah manuskrip digital bagi sebuah biografi Newton bertajuk "Memoirs of Sir Isaac Newton's Life" hasil tulisan William Stukeley, seorang arkeologi dan juga merupakan biografer pertama Newton. Ditulis pada tahun 1752, biografi tersebut juga megandungi sedutan cerita epal seperti yang diceritakan oleh Newton kepada Stukeley sendiri:


Kisah Sebenar Epal Isaac Newton

 "After dinner, the weather being warm, we went into the garden and drank thea, under the shade of some apple trees...he told me, he was just in the same situation, as when formerly, the notion of gravitation came into his mind. It was occasion'd by the fall of an apple, as he sat in contemplative mood. Why should that apple always descend perpendicularly to the ground, thought he to himself..."

Apa yang berlaku kepada pokok epal tersebut?



Pokok epal Sebenar Isaac Newton

The King's School di Grantham, Linonshire, England, tempat di mana Newton belajar mendakwa telah membeli pokok tersebut dan memindahkannya ke kawasan taman mereka. Pokok di atas adalah pokok yang dikatakan leluhur kepada pokok epal yang telah menjadi inspirasi kepada Isaac Newton.



Catat Ulasan

4 Ulasan