ILEP International Leaders in Education Program 2014 : Peluang Guru belajar di Amerika Syarikat

Guru yang berminat untuk merasa pengalaman belajar sementara di Amerika Syarikat selama 5 bulan, anda boleh lah memohon program baru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu International Leaders In Education Program (ILEP) 2014.

Program dengan biasiswa ini, adalah anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga The Bureau of Education and Culture Affairs (ECA), U.S. Depertment of State dan diuruskan oleh International Research and Exchange Board (IREX).

Syarat program pula adalah mestilah guru bagi subjek (Bahasa Inggeris / Matematik / Sains / Kajian Sosial ) dengan pengalaman mengajar sekurang-kurang nya 5 tahun. Pemohon mestilah MAHIR dalam menggunakan Bahasa Inggeris secara lisan dan bertulis.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Mac 2013, tetapi borang mestilah sampai sebelum atau pada 28 Februari 2013 untuk tujuan pemprosesan. Bagi yang berminat, cepat!

Berikut adalah iklan nya :

========================================================================


TAWARAN MENGIKUTI INTERNATIONAL LEADERS IN EDUCATION PROGRAM (ILEP) 2014

06 February 2013

Adalah dimaklumkan bahawa tawaran mengikuti International Leaders In Education Program (ILEP) 2014  kini boleh dicapai melalui laman sesawang KPM bermula dari 6hb. Februari hingga 15 Mac 2013. Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi 03-8321 7143/03-8321 7151 pada waktu pejabat. Harap Maklum