About Me

Jenis-jenis Sekolah di Malaysia

Sebelum sesi persekolahan 2013 bermula, saya berminat untuk mengkongsikan dengan anda semua, jenis-jenis sekolah yang ada di Malaysia ni. Terlalu banyak dengan macam-macam gelaran. Ada juga yang pernah dengar, tapi tak tahu langsung apa maksud sekolah tuh. Jadi post ini sesuai sangat dijadikan panduan dan rujukan untuk yang sedang mencari maklumat berkaitan. Jom kongsi!

  

Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar No.1 SIbu, Sarawak

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

(SMK Luar Bandar No.1 Sibu)

Sekolah menengah harian biasa yang menumpukan kepada aspek menyediakan hak pendidikan yang sama rata kepada rakyat di seluruh pelusuk Malaysia

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau, Perlis

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

(SMK Agama Arau)

Sekolah menengah harian atau pun berasrama yang memfokuskan kepada pembelajaran pendidikan yang berteraskan kepada ajaran Islam dan dalam masa yang sama juga menumpukan kepada kecemerlangan duniawi dan ukhrawi





Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Sekolah Menengah Agama Al Islahiyah Behor Mali, Perlis

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

(SM Agama Al-Islahiyah Behor Mali)

Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan sekolah yang berfungsi dengan menggunakan dana dan sumbangan daripada orang ramai atau badan-badan yang sudi. Namun kini sekolah berkenaan juga mendapat dana dan peruntukan daripada kerajaan dalam membaikpulih infrastruktur dan kemudahan di sekolah berkenaan.





Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Mary, Kuching, Sarawak

Sekolah Menengah Mubaligh

(SMK St Mary)

Sekolah yang pada asalnya didirikan oleh mubaligh Kristian bagi memberi pendidikan kepada penduduk setempat serta menyediakan ruang untuk pembelajaran agama Kristian kepada yang beragama Kristian.





MRSM Maktab Rendah Sains Mara Mukah, Sarawak

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

(MRSM Mukah)

Sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan di kalangan Bumiputera.





SBP Sekolah Menengah Sains Tunku Syed Putra, Perlis

Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

(SM Sains Tunku Syed Putra)

Sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar yang memperolehi keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.





Sekolah Kluster Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman

Sekolah Kluster

(SMK Sultan Sulaiman)

Sekolah kluster satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid dan sekaligus boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.





Sekolah Berprestasi Tinggi Kolej Islam Sultan Alam Shah KISAS

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

(Kolej Islam Sultan Alam Shah)

Sekolah Berprestasi tinggi  ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan.  Bertindak sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini.





Vokasional Teknik Sekolah Menengah Vokasional Miri, Sarawak

Kolej vokasional  / Sekolah Menengah Teknik /  Vokasional

(SM Vokasional Miri)

Sekolah Menengah Teknik dan vokasional memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja separa professional dan professional dalam bidang teknikal dan kejuruteraan.





Sekolah Seni Johor

Sekolah  Seni

(Sekolah Seni Johor)

Sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.





Sekolah Sukan Bukit Jalil

Sekolah  Sukan

(Sekolah Sukan Bukit Jalil)

Sekolah Sukan Malaysia ialah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih.





Sekolah Wawasan USJ 15

Sekolah Wawasan

(Sekolah Wawasan USJ 15)

Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum.





Sekolah Amanah Sekolah Menengah Sains Kuching

Sekolah Amanah

(SM Sains Kuching)

SEKOLAH 'separa korporat' akan menjadi kenyataan apabila pihak korporat dibenarkan terlibat secara langsung mengangkat status quo sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan - sama ada menengah atau rendah - di bawah inisiatif Sekolah Amanah mulai tahun depan.






Sekolah Bestari

(SMK Seri Bintang Utara)

Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah yang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah di samping memastikan semua pelajar tanpa mengira latar belakang mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan.


Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. byk info jga blog hitam legam ni....hehehe

    BalasPadam
  2. bnyak nyaaaaaa jenis2 skolah kt m'sia pening gak nak ingat/bezakan

    BalasPadam
  3. tu lah pasal.. benda lebih kurang jer, nama jer macam2..

    BalasPadam
  4. terima kasih...info yg sangat berguna............

    BalasPadam
  5. sama-sama.. semoga beroleh manfaat yer

    BalasPadam
  6. salam Tuan,boleh saya tahu dari mana dapat klasifikasi sekolah ni ye?

    BalasPadam
  7. Thanks, can I get your name as reference to put in my writing work?

    BalasPadam
  8. Tkde SMP pon.. Sekolah Kawalan pon tkde juga...

    BalasPadam
  9. pernah call sekolah kluster ni, kononnya nak sekolahkan anak di situ, rata-rata feed back yg cikgu beri kononnya da penuh, matematik and sains dalam aliran inggeris (cara cakap konon mcm kite ni tak reti speak in english la...) and utamakan mereka yg duduk area sekolah kluster tu...so basically kenapa wujudkan sekolah kluster kalau mcm tu kan??

    BalasPadam
  10. Sekolah menengah kompleks tu mcm mne plk ?

    BalasPadam
  11. boleh terangkan tentang sekolah kebangsaan tunggal tak? saya tidak faham tentang jenis sekolah tersebut

    BalasPadam
  12. Ideal in addition to Most economical Jabodetabek Exclusive Lessons, our own workers and teachers arrive to your property, established your very own study plan and might opt for any kind of field regarding analyze ... go to https://bimbel-calistung.netlify.app/les-privat-calistung-ciracas.html for more information

    BalasPadam
  13. Jabodetabek private tutoring services with teachers traveling to the house. Greater than a huge selection of active tutors will be ready teach various skills and lessons for the kids to adults ... visit https://kursus-jerman.vercel.app/kursus-bahasa-jerman-tanah-abang.html for more information

    BalasPadam
  14. You can expect private lessons for PAUD, TK, SD, SMP, SMA, and Alumni. With an integrated and accelerated method, it's hoped that it are able to foster a generation of those that have good morals... click for more detail https://ipa-exed.blogspot.com/2022/05/les-privat-ipa-di-kebayoran-lama.html

    BalasPadam
  15. Ignite your passion for languages and join our immersive language you are studying program at Executive-Education.id. Having a give attention to practical communication skills, authentic materials, and real-world scenarios, you'll build fluency and confidence in the preferred language. Stroll into quantity of linguistic excellence and begin a trip of personal and professional growth. Go to https://kursus-rusia.github.io/kursus-bahasa-rusia-jakarta-timur.html for latest information.

    BalasPadam