About Me

Webinar Bersama Guru Sains Jawa Barat,Indonesia.

Semalam, pagi saya di Melaka, petang di Shah Alam dan malam 'terbang' ke Jawa Barat bersama kumpulan guru Sains (IPA) Provinsi Jawa Barat (Bandung, Jakarta, Bogor etc)
Alhamdulillah sekali lagi diberi peluang oleh kumpulan guru Sains di Indonesia, SEROJA untuk berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan tentang pelaksanaan PBL dalam Pendidikan #STEM menerusi sesi webinar. Ini seminar online kali ketiga bersama kumpulan ini sejak tahun 2018. Program rasmi JPN diorang nih disertai lebih 70 orang guru dari serata West Java dan juga dapat mata kredit dan e-Sertifikat untuk LADAP diorang. Mantap kan?

Webinar Bersama Guru Sains Jawa Barat,Indonesia.

Webinar Bersama Guru Sains Jawa Barat,Indonesia.

Webinar Bersama Guru Sains Jawa Barat,Indonesia.

Webinar Bersama Guru Sains Jawa Barat,Indonesia.

Webinar Bersama Guru Sains Jawa Barat,Indonesia.

Maklumbalas daripada mereka jugak sangat lah baik. Saya kongsikan hasrat Pendidikan STEM di Malaysia, serta contoh-contoh amalan #PBL yang telah saya jalan kan dalam bilik darjah bersama murid saya di SMK Jerlun. Ayat mereka, "wow.. mashaauloh.. Amazing chekgu!" 😜
Sesi berlangsung dalam bahasa Inggeris sekejap-sekejap, pastu bahasa Indonesia banyak-banyak, bahasa Melayu dan juga tak lupa bahasa Kedah. Hahahahahhaa...
Yang seronoknya, mereka bahasa kan saya sebagai "chekgu", iaitu panggilan yang asing bagi mereka sebenarnya. Sebab kat Indonesia, Cikgu tu di panggil sebagai, "Pak Guru Hilmi" atau "Buk Guru Dewi". Membawa bahagian Malaysia itu adalah sangat membanggakan saya.. 🇲🇾
Semoga ukhwah nusantara yang terjalin ini juga bisa merapatkan jurang perbedaan antara dua negara yang bersaudara ini. Yuk kita bersatu rasa!
P/s: Semalam juga berdekah saya ketawa sebab asyik kompius Jawa Barat ke Jawa Timur nih.. Hahahaha.. Maafin gue ya teman-teman guru SEROJA! 🤣🤣🤣 @ West Java

Catat Ulasan

0 Ulasan