About Me

Belajar CPR dan Heimlich Manoeuvre Macam Ni lah Baru Best

Syllabus baru Sains KSSM Tingkatan 4 sangat menarik dengan topik yang dekat dengan murid. Antaranya belajar pasal CPR dan Heimlich Manoeuvre, bantuan awal untuk kes tak boleh bernafas dan tercekik.
Sebab takdek kepakaran bab nih, maka saya rancang satu bengkel dengan menjemput Klinik Kesihatan Ayer Hitam bagi datang membantu. Rupanya diorang pun sangat mengalukan kolaboratif yang macam nih.
Jadi semua murid Tingkatan 4 terlibat dan juga bengkel ini jadi sesi PLC untuk semua guru Sains dan pembantu makmal. Ye lah, peluang rare kot nak belajar dari pakar.
Dan ternyata memang best sangat! Budak suka dan sangat fokus sebab setiap seorang ada peluang buat hands on sendiri cara nak CPR dan Heimlich Manoeuvre. Siap depa bawa patung lagi untuk budak cuba.

Belajar CPR dan Heimlich Manoeuvre Macam Ni lah Baru Best

Belajar CPR dan Heimlich Manoeuvre Macam Ni lah Baru Best

Belajar CPR dan Heimlich Manoeuvre Macam Ni lah Baru Best

Belajar CPR dan Heimlich Manoeuvre Macam Ni lah Baru Best

Belajar CPR dan Heimlich Manoeuvre Macam Ni lah Baru Best

Belajar CPR dan Heimlich Manoeuvre Macam Ni lah Baru Best


Video penuh aktiviti boleh tengok kat sini https://youtu.be/G-UCOUoM-PY
Jutaan terima kasih juga khas buat pegawai @kementeriankesihatanmalaysia
Yang cukup komited menjalankan tugas dan sudi berkongsi dengan adik-adik pelajar semalam.
Dr Muhammad Ali, Staf Nurse Saodah, MA Ikhwan (Klinik Kesihatan Ayer Hitam) dan juga Ketua MA Daerah Kubang Pasu, Haji Fadzil. Memang terbaik! Terima kasih banyak! ❤️
Oh ya, buat yang tertanya, bab nih saya tak ajar lagi. Saya tinggal kan sekejap, dan sambung dengan bab lain dulu sementara nak menunggu hari bengkel tiba. Merungkai kurikulum, orang cakap. Fleksibel lah sket kan.
P/s: Nanti saya share prosedur dan kertas kerja cara nak jemput diorang datang ke sekolah. Mudah sangat. Serious best! @ Smk Jerlun

Catat Ulasan

0 Ulasan