About Me

Seminar Inspirasi Cemerlang di Persada Global 2019

Alhamdulillah diberi peluang untuk perkongsian Inspirasi Cemerlang di Persada Global dengan guru-guru di Kubang Pasu. Selasa nih, InshaAllah.
Jemputannya adalah guru-guru SR dan SM yang BERMINAT dan BERPOTENSI untuk Guru Cemerlang. Pengetua / Guru Besar yang calonkan nama tau.. 😍

Seminar Inspirasi Cemerlang di Persada Global 2019
Seminar Inspirasi Cemerlang di Persada Global 2019

Sebab misinya adalah untuk menghasilkan lebih ramai #GuruCemerlang bagi daerah ini, sebab kami percaya, "murid akan lebih baik, jika guru dapat mengajar dengan lebih baik!"
Terima kasih atas kepercayaan PPD Kubang Pasu, khususnya Pegawai Meja Guru Cemerlang; Encik Ahmad Hamdi Dato Sheikh Haji Omar dengan langkah proaktif merealisasikan hasrat tuan PPD Kubang Pasu.
Semoga misi murni ini dapat melahirkan lebih ramai guru-guru hebat, kualiti tip top, lagi mantop dari daerah Kubang Pasu.
Oh ya, untuk Selasa nih abam akan kongsi cabaran guru bertapak di pedalaman, laluan kerjaya Guru Cemerlang serta peluang program guru antarabangsa. Abam kongsi teori, amali, dan juga bukti.
So yang kat #KubangPasu, sila jangan lepaskan peluang OK. Mana tahu, andalah GC yang kami cari! 😍😍😍
.
.
.
P/s: Belum cukup Cemerlang, jika tak dapat Cemerlang kan orang lain juga.. Setuju tak??







Alhamdulillah selesai sesi perkongsian bersama guru-guru berpotensi di Kubang Pasu. Semoga mendapat satu perspektif dan inspirasi baharu dalam kita sama sama menjalankan tugas sebagai guru.
Tak lupa juga kepada Tuan PPD, Tn Haji Mahadhir yang banyak memberi sokongan untuk program seumpamanya, dibantu oleh pegawai meja #GuruCemerlang di Kubang Pasu, En Hamdi yang cukup komited bersama merealisasikan program peningkatan kualiti guru di daerah.
Dan akhir sekali pasukan Ajk penggerak Guru Cemerlang yang sentiasa sokong menyokong antara satu sama lain. Tanpa anda semua, siapalah saya. Thank you gais! 😘
#kitabuatkitacakap @ Institut Aminuddin Baki, Cawangan Utara - IABCU





Catat Ulasan

0 Ulasan