About Me

Yakin dan Percaya Murid Boleh Buat, PBL Kesihatan Jantung Buktinya!

Hari nih saya sangat happy sebab murid-murid saya dah capai satu lagi tahap perkembangan mereka sebagai seorang pelajar.
3 minggu lepas, kami sama-sama rancang dan bincang apa yang kami nak buat untuk project based learning bagi tajuk kesihatan jantung. #pbl
Bermula dengan mereka tentukan apa soalan nak masuk dalam Soal Selidik mereka, kemudian dapatkan maklumat daripada 33 responden sekitar kampung mereka dan hari nih keluarkan maklumat dan terjemahkan kepada bentuk yang lebih mudah mereka fahami.
Semuanya dilakukan di luar waktu sekolah, mengikut Carta Gantt yang disediakan, dengan pemantauan dan perbincangan lanjut dalam group WhatsApp.

Yakin dan Percaya Murid Boleh Buat, PBL Kesihatan Jantung Buktinya!

Yakin dan Percaya Murid Boleh Buat, PBL Kesihatan Jantung Buktinya!

Yakin dan Percaya Murid Boleh Buat, PBL Kesihatan Jantung Buktinya!

Yakin dan Percaya Murid Boleh Buat, PBL Kesihatan Jantung Buktinya!

Yakin dan Percaya Murid Boleh Buat, PBL Kesihatan Jantung Buktinya!


*dah jadi cikgu, baru saya belajar pasal Carta Gantt nih.. 😅
Saya HAPPY sebab baru Form 3 mereka dah belajar dan melalui perkara-perkara yang macam ni.
Saya HAPPY sebab mereka dapat tunjuk kan yang mereka memang boleh buat, dan boleh belajar, jika cikgu sediakan ruang dan peluang untuk mereka tunjuk kebolehan!
Seperti pesanan saya dalam banyak ceramah saya, "Budak nih.. Kalau kita layan dia macam cerdik, memang dia pun akan jadi cerdik jugak..."
Jom sama-sama doakan yang terbaik buat anak-anak yang saya dah ajar sedari mereka Tingkatan 1 lagi nih.. 😍😍😍 @ Smk Jerlun

Catat Ulasan

0 Ulasan