.

.

Isnin, 28 Januari 2019

Bengkel STEM bersama Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara, Dr Yunus

Ramai yang tahu bahawa seramai 13 orang ahli akademik telah dipilih bagi mengepalai Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara, antara inisiatif awal Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam usaha mereformasikan sistem pendidikan di negara kita. 

Saya kira beruntung kerana dapat terlibat menyumbang idea dalam beberapa siri Bengkel Kecil bersama salah seorang JKD yang menjaga bahagian STEM di sekolah, iaitu
Dr Mohamed Yunus Mohamed Yasin, iaitu Presiden kepada ASTI (Association of Science, Technology and Innovation).
 

Dr Mohamed Yunus Mohamed Yasin, iaitu Presiden kepada ASTI
Dr Mohamed Yunus Mohamed Yasin, iaitu Presiden kepada ASTI



Yang nak berkenalan dan nak tahu kerja buat Dr Yunus, boleh baca biodata Dr Yunus kat SINI yer..  


Sebanyak 2 kali pertemuan diadakan, iaitu pada kali pertama di Petrosains bersama kumpulan kecil stakeholder, yang terdiri daripada guru, pegawai KPM, dan agensi STEM. Serta kali kedua bersama kelompok lebih besar, kumpulan guru STEM Sekolah Rendah dan Menengah, Pegawai KPM, pensyarah universiti dan juga agensi berkepentingan STEM.


Bengkel 1 - 5 Jan 2019
Berlangsung di Petrosains, Kuala Lumpur ini merupakan cycle kedua selepas cycle pertama yang hanya melibatkan pegawai atasan dan boss boss besar. Saya rasa berbangga lah jugak merupakan antara salah seorang guru STEM yang dijemput untuk hadir pada bengkel ini. Seorang lagi guru STEM tersebut adalah Cikgu Yasmin, guru Kimia dari SMK La Salle. 


Bengkel STEM Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara
Bersama Dr Ihsan dan Dr Suhara daripada Pusat STEM Negara
 
Bengkel STEM Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara
Kumpulan cycle 2 yang terlibat dengan perbincangan STEM untuk JKD

Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan setiap kumpulan berfokus kepada 3 bidang utama iaitu peranan agensi, dasar pendidikan STEM dan satu lagi ada pedagogi STEM. 

Dah tentu lah saya berada di group pedagogi STEM yang banyak membincangkan bagaimana pedagogi STEM boleh diperkasakan dan ditambahbaik supaya semua guru pun gunakan pendekatan STEM yang sesuai. 

Cadangan dan idea dikongsikan serta terus mendapat feedback daripada pihak yang berkenaan. Isu dapat dikenalpasti dan akan cuba diperbaiki untuk masa depan yang lebih baik dalam sistem pendidikan Malaysia. 


Bengkel STEM Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara
Perbicangan mengenai STEM mengikut kepakaran masing-masing

Kami juga mendapati bahawa pandangan lebih banyak lapisan pendidik adalah amat perlu memandangkan setiap lapisan memerlukan keperluan dan cabaran yang berbeza dalam bidang STEM masing-masing.  



Bengkel 2 - 28 Januari 2019
Dapatan Bengkel 1 perlu diperhalusi dengan penglibatan lebih banyak pemegang taruh dari pelbagai lapisan. Maka kali ini bengkel ditambah lagi dengan kehadiran guru STEM dari latarbelakang Sains dan juga Matematik untuk peringkat rendah, menengah dan pendidikan tertieri. 

Maka pertemuan kedua yang berlangsung di Bangunan EPRD, KPM ini menyaksikan lebih ramai kelompok guru dan juga bahagian berkepentingan STEM yang bersama-sama memberikan idea dan cadangan menambahbaik pendidikan kita. 


Bengkel STEM Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara
Kumpulan Guru Cemerlang STEM yang terlibat

Seingat saya lebih kurang 60-70 orang guru yang terlibat dari seluruh Malaysia dalam bengkel cycle ketiga ini. Memang seronok dapat bertemu dengan ramai pejuang STEM dari pelbagai lapisan masyarakat pendidikan, duduk membincangkan hala tuju STEM selepas ini.

Ramai juga yang saya kenali. Yer lah komuniti STEM kat Malaysia nih bukannya besar mana. Last last sekali balik balik jumpa orang yang sama jer lah. 

Bengkel STEM Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara
Bersama Dr Ihsan, Cikgu Yaser dan Cikgu Yasmin

Bengkel Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara
Pengetua SM La Salle bersama Cikgu Yasmin dan murid pembantu

Di sini saya diberikan tugas yang lebih mencabar, iaitu sebagai ketua kepada pasukan meja saya, yang dipanggil sebagai Steward. Kaedah kolaboratif dan perbincangan menggunakan World Cafe ini sangat bagus dan membantu kami melihat idea dan cadangan dengan lebih baik. 

Tak sangka pulak saya dapat semeja dengan ibu saudara saya, iaitu Dr Madihah Khalid, pensyarah Matematik daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Hehehe.. first time berkolaboratif dengan ahli keluarga terdekat macam nih.. Segan pulak rasa.


Bengkel Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara

Bengkel Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara

Bengkel Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara
Antara yang diperbincangkan ditulis atas kertas mahjong

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Selesai berbincang di meja kami, rakan guru lain perlu bergerak ke meja lain bagi isu kedua. Dan pada akhirnya mereka bebas untuk terlibat dengan meja-meja yang menarik perhatian mereka, sebelum kembali ke meja masing-masing. 

Hasil perbincangan kemudiannya dibentangkan dan cuba disepakati oleh khalayak yang ada. Antara idea dan cadangan yang sangat diperjuangkan adalah perlunya ada mekanisme baharu bagi menilai guru-guru supaya sentiasa berada pada prestasi yang sepatutnya. Dengan contoh lain, mengadakan lesen mengajar seperti mana negara-negara lain memastikan kualiti guru mereka berada pada tahap yang sepatutnya. 

Bengkel Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara

Bengkel Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara


Harapan majoriti kami yang hadir sememangnya inginkan yang terbaik untuk pendidikan negara kita, terutamanya dalam memperkasakan bidang STEM. Saya yakin idea dan cadangan yang lebih holistik nih boleh memberikan definisi baharu kepada pendidikan STEM di Malaysia. 

Secara peribadi pula, saya melihat strategi dan usaha yang dijalankan oleh Dr Yunus dalam mendapatkan sebanyak mungkin idea dan cadangan terbaik daripada setiap lapisan pendidikan ini haruslah dipuji. 

Dalam nak mendapatkan cadangan yang terbaik, sudah tentu setiap pandangan daripada setiap peringkat haruslah diambilkira, bukan hanya tertumpu kepada kumpulan kecil dengan idea yang terhad. Saya percaya, lebih besar kumpulan terlibat, maka lebih murni idea yang dapat dihasilkan. Idea yang lebih realistik, dan tidak bersifat individual.

Untuk Dr Yunus dan team, all the best!




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan