About Me

Perkongsian Amalan Terbaik Guru SMK Jerlun bersama SISC+ Kubang Pasu

Pada 8 Oktober yang lalu, sekolah saya, SMK Jerlun dengan bimbingan kumpulan SISC+ Kubang Pasu telah berjaya melaksanakan satu lagi program pembudayaan PAK21 di sekolah kami, iaitu sesi Perkongsian Amalan Terbaik. Mini seminar bagi mewujudkan suasana perkongsian ilmu secara PLC, Profesional Learning Community ini melibatkan sehingga 40 orang guru, termasuk pegawai SISC+. 


Perkongsian Amalan Terbaik SMK Jerlun bersama SISC+ Kubang Pasu
Perkongsian Amalan Terbaik SMK Jerlun bersama SISC+ Kubang Pasu

Pihak sekolah, terutamanya Pengetua, Puan Siti Rubiah sangat mengalukan perkongsian amalan seperti ini, yang secara tak langsungnya berupaya meningkatkan kualiti pengajaran guru di SMK Jerlun. Untuk itu, seramai 5 orang guru terpilih (oleh SISC+) untuk membentangkan amalan terbaik masing-masing, bagi dikongsikan bersama dengan rakan guru lain. Antara guru bertuah tersebut adalah:

1. Ustaz Asrulnizam (Pendidikan Islam)
2. Cikgu Fadzilah (Sejarah)
3. Ustazah Nusaibah (Pendidikan Islam)
4. Cikgu Soberi (Sivik)
5. Sir Aiman (English)



1. Ustaz Asrulnizam (Pendidikan Islam)
Bagi perkongsian ini, Ustaz Asrulnizam berkongsikan mengenai penggunaan Model Pembelajaran 5E bagi mengatasi masalah pembelajaran murid beliau, iaitu murid tidak dapat kaitkan pembelajaran dengan kehidupan seharian.


Ustaz Asrulnizam berkongsi penggunaan Model Pembelajaran 5E
Ustaz Asrulnizam berkongsi penggunaan Model Pembelajaran 5E

Secara ringkasnya, Model Pembelajaran 5E ini biasanya lebih popular dalam kalangan guru Sains kerana pendekatan inkuirinya. Namun susunan fasa yang sistematik, boleh memberikan pembelajaran yang lebih teratur, lengkap dengan pendekatan PAK21 dan juga penekanan kepada aspek KBAT melalui Fasa Pengolahan (Elaborate).


Sebahagian Pegawai SISC+ Kubang Pasu yang hadir bagi sesi kunjung bantu dan perkongsian ini
Sebahagian Pegawai SISC+ Kubang Pasu yang hadir bagi sesi kunjung bantu dan perkongsian ini

Ternyata penggunaan Model Pembelajaran 5E ini juga berjaya meningkatkan kemahiran murid dalam mengaitkan pembelajaran mereka dengan kehidupan seharian. Buktinya murid lebih mudah menjawab soalan KBAT berbanding sebelum ini. Keputusan SPM bagi matapelajaran Pendidikan Islam juga meningkatkan sehingga GP 4.64 bagi SPM tahun 2017.



2. Cikgu Fadzilah (Sejarah)
Cikgu Fadzilah pula berkongsikan mengenai kaedah inovasi beliau, iaitu Magic Book. Kaedah Magic Book ini digunakan oleh Cikgu Fadzilah selepas beliau mendapati kebanyakan murid sukar mengingat fakta serta  tidak minat untuk membaca buku Sejarah. 


Cikgu Fadzilah berkongsi kaedah inovasi Magic Book bagi pembelajaran Sejarah
Cikgu Fadzilah berkongsi kaedah inovasi Magic Book bagi pembelajaran Sejarah

Memanfaatkan gaya pembelajaran dan kepintaran pelbagai (multiple intelligence), Cikgu Fadzilah menggunakan pendekatan visual bagi menggalakkan murid menghasilkan nota Sejarah. Setiap isi disampaikan melalui lukisan yang mewakili poin penting dalam tajuk berkenaan. 


Hasil kerja murid bagi kaedah Magic Book
Hasil kerja murid bagi kaedah Magic Book

Hasil kerja murid yang ditunjukkan semasa perkongsian juga cukup menarik dan membuktikan bahawa murid telah menunjukkan perubahan sikap dan memberikan usaha yang lebih bagi matapelajaran Sejarah selepas menggunakan kaedah Magic Book ini.



3. Ustazah Nusaibah (Pendidikan Islam)
Untuk Ustazah Nusaibah pula, beliau menggunakan kaedah Tarsia bagi menangani isu murid yang sukar mengingat fakta. Sebagai contohnya, seperti rukun, syarat, perkara sunat dan juga jenis / bahagian.

 
Ustazah Nusaibah berkongsi penggunaan Tarsia untuk galak murid mengulangkaji
Ustazah Nusaibah berkongsi penggunaan Tarsia untuk galak murid mengulangkaji


Bagi pelaksanaan Tarsia ini, Ustazah Nusaibah menggunakannya bagi sesi penilaian pada akhir pembelajaran dan juga pada waktu ulangkaji atau waktu relief sebagai aktiviti santai. Kerja menghasilkan ini adalah menuntut komitmen yang tinggi sudah tentu. 


Tarsia yang dihasilkan disimpan dengan baik
Tarsia yang dihasilkan disimpan dengan baik

Untuk itu, setiap Tarsia bagi tajuk yang dihasilkan, semuanya akan dilaminate dan disimpan dengan baik dalam bungkusan masing-masing untuk digunakan berulang kali. Bagi menguruskan keupayaan murid yang pelbagai dalam kelas, penggunaan bentuk yang lebih rumit mampu memberi lebih cabaran kepada kelompok pelajar yang lebih advance.



4. Cikgu Soberi (Sivik)
Cikgu Soberi menggunakan kaedah simulasi ataupun role play ala-ala Persidangan Parlimen Malaysia (Jerlun) bagi pembelajaran topik-topik menarik dalam matapelajaran Sivik. Ini adalah apabila beliau mendapati pelajar suka bercakap dalam kelas, tetapi berkaitan hal-hal yang remeh. Perkara baik tersebut (suka bercakap), jika disalurkan melalui kaedah yang betul, inshaAllah mendapat manfaatnya.


Cikgu Soberi berkongsikan simulasi Persidangan Parlimen Malaysia bagi pembelajaran Sivik
Cikgu Soberi berkongsikan simulasi Persidangan Parlimen Malaysia bagi pembelajaran Sivik
 
Setiap murid diberikan tag nama seperti simulasi Parlimen sebenar

Yang menariknya, Cikgu Soberi bersungguh-sungguh cuba menimbulkan suasana ala Parlimen semasa sesi pembelajaran tersebut, sehingga setiap murid diberikan tag nama dan mewakili Dun Kampung masing-masing, lengkap dengan nama dan gelaran. Beliau sendiri juga bertindak sebagai tuan speaker! Memang menarik.



5. Sir Aiman (English)
Sir Aiman pula menggunakan pendekatan Differentiated Learning (Pembelajaran Keterbezaan) bagi menangani isu murid yang tidak memahami sastera Bahasa Inggeris. Di sekolah seperti di SMK Jerlun ini, Bahasa Inggeris memang merupakan antara matapelajaran yang cukup mencabar, apatah lagi bagi topik sastera Bahasa Inggeris.


Sir Aiman berkongsikan kaedah pembelajaran secara Differentiated Learning bagi topik Sastera Bahasa Inggeris
Sir Aiman berkongsikan kaedah pembelajaran secara Differentiated Learning bagi topik Sastera Bahasa Inggeris

Pelaksanaannya Sir Aiman membahagikan murid kepada 4 watak bagi satu kumpulan, iaitu Story Board, Photographer, Examiners dan Goreng Gang. Setiap satu memainkan peranan masing-masing berdasarkan babak yang diberikan. 

Kesannya, murid menunjukkan kesungguhan mereka sebaik mungkin cuba memahami sastera tersebut. Selain daripada mengukuhkan kerjasama dalam kalangan murid, pendekatan ini juga mengukuhkan kefahaman murid terhadap pembelajaran tersebut. 


Pengetua SMK Jerlun, Puan Rubiah menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai SISC+, Datin Rozina
Pengetua SMK Jerlun, Puan Rubiah menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai SISC+, Datin Rozina

Secara keseluruhannya, program perkongsian seperti ini sangat lah bagus bagi perkembangan profesionalisma guru di sekolah. Selain dapat belajar antara satu sama lain, pendekatan yang digunakan juga boleh diaplikasikan dengan mudah kerana guru masing-masing sudah mengenal kemampuan murid. 

Perkongsian juga secara tak langsung memotivasikan guru-guru lain untuk menambahbaik cara pengajaran di kelas, sekaligus meningkatkan kualiti pengajaran guru. Jutaan tahniah untuk guru-guru yang membentang, tahniah untuk SMK jerlun dan juga tahniah untuk SISC+ Kubang Pasu.




Catat Ulasan

4 Ulasan