About Me

Kenapa Budak Kita Dalam Sekolah Tak Buang Sampah, Tapi Luar Sekolah Terus Buang Sampah?

Ini antara perkara yang selalu saya sebut dengan rakan guru masa sesi perkongsian. 

"Kenapa budak kita, dalam kawasan sekolah, dia tak buang sampah. Tapi keluar saja kawasan, terus dia buang. Seolah-olah macam tak ada didikan di sekolah bahawa tak boleh buang sampah"

Setuju kan?

Tapi beza pula dengan masyarakat di Korea.

Teringat dengan catatan Facebook saya pada tahun 2015 semasa saya mengikuti Program Pertukaran Guru Malaysia ke Korea kat Daegu Girls Commercial High School. Masa tu dalam perjalanan nak ke Seoul untuk Mid Term Review.


Garisan "Kepercayaan" di tren laju Korea yang mendidik masyarakatnya dengan pendidikan luar bangunan sekolah
Garisan "Kepercayaan" di tren laju Korea yang mendidik masyarakatnya dengan pendidikan luar bangunan sekolah


"Orang Korea nih dia punya tahap percaya kat kejujuran orang, 
sampai naik keretapi laju pun takdek orang check tiket. 

Hanya harap line nih dan sekali sekala diorang check 
jika ada yang nampak macam meragukan.

2 jam dari Daegu ke Seoul naik KTX, 
2 jam tu jugak ler aku asyik kagum.. 🙏🙏🙏

p/s: Malaysia please buat camnih jugak. 
Confirm penuh keretapi tu.. Terlajak laris! "


Tau apa sebab dia?

Sebab pendidikan mereka juga berlaku di luar bangunan sekolah. Gambar atas ni adalah contoh jelas, bagaimana masyarakat (di luar bangunan sekolah) juga dididik untuk bersikap jujur, ada integriti dan tahu hak yang sepatutnya. 

Bermakna, konsep pendidikan dan mendidik itu seharusnya juga merentasi bangunan sekolah. Usaha mendidik itu juga harus dilakukan di luar, di dunia sebenar, supaya pengaplikasian nya juga adalah lebih realistik. 

Jadi, menjadi jujur itu bukan sahaja semasa di sekolah, tetapi juga perlu menjadi jujur di luar sekolah, tempat sebenar amalan jujur perlu dipraktikkan!




Catat Ulasan

0 Ulasan