About Me

Sesi Inspirasi Bersama Guru Malaysia ke Korea KOMTEP 2018

Setelah beberapa tahun berehat daripada terlibat dengan program yang berkaitan dengan guru Malaysia ke Korea, tahun ini sekali lagi diberi peluang oleh Bahagian Pendidikan Guru untuk terlibat. Kali ini saya diberi peluang untuk membuat sedikit perkongsian sesi inspirasi bersama mereka. 

Sesi Inspirasi Bersama Guru Malaysia ke Korea KOMTEP 2018
Sesi Inspirasi Bersama Guru Malaysia ke Korea KOMTEP 2018

Sekadar maklumat, sehingga kini sudah seramai 38 orang guru Malaysia yang menerima manfaat daripada program Pertukaran Guru Malaysia ke Korea dengan kerjasama APCEIU-UNESCO. Saya merupakan kumpulan guru dari batch kedua, iaitu yang dihantar pada tahun 2015.

KOMTEP 2014 - 12 orang
KOMTEP 2015 - 10 orang
KOMTEP 2016 - 6 orang
KOMTEP 2017 - 10 orang
KOMTEP 2018 - 10 orang


Pegawai bertanggungjawab kali ini ialah Cik Noraini yang menggantikan tempat Cik Siti Maryam, koordinator program bagi batch kami pada sebelum ini. Manakala pasukan fasilitator yang membawa sesi orientasi ini pula terdiri daripada pasukan guru KOMTEP 2017 seramai 7 orang. 


Sesi Inspirasi Bersama Guru Malaysia ke Korea KOMTEP 2018


Untuk sesi saya, perkongsian adalah dengan tajuk "KOMTEP : What's Next?" di mana perkongsian adalah bagi membuka minda bakal guru Malaysia ke Korea tahun ini, dengan apa yang perlu mereka lakukan selepas sekembalinya daripada Korea nanti. Cabaran dan halangan, yang perlu mereka atasi. 

Beberapa soalan dilontarkan bagi memberi persepsi baharu kepada bagaimana cara mereka perlu bertindak selepas ini, dengan memaksimumkan pengalaman bernilai di Korea nanti. Antara soalannya, adalah:

Persoalan bagi membuka persepsi baharu kepada bakal guru Malaysia ke Korea
Persoalan bagi membuka persepsi baharu kepada bakal guru Malaysia ke Korea
 
1. Why you got selected?
2. What you will learn?
3. How can you optimise the experience?
4. When is the right time?
5. Who will get the benefits from you?
6. Where's your next destination?

Mereka juga perlu sedar bahawa setiap daripada mereka ada kekuatan masing-masing yang perlu digunakan dengan sebaiknya. Nilai tambah pada diri, perlu diperkukuhkan sepanjang 3 bulan berada di  Korea.

Cabaran sebenarnya pada saya, adalah bermula sebaik sahaja mereka kembali ke Malaysia. Cabaran dalam melaksanakan program di sekolah di Malaysia, serta juga cabaran persepsi dan high expectation daripada pelbagai pihak di sini. 


Sesi Inspirasi Bersama Guru Malaysia ke Korea KOMTEP 2018
Selamat maju jaya!

Apa pun saya ucapkan selamat maju jaya kepada adik-adik KOMTEP 2018 yang akan berangkat ke Korea pada bulan September ini. Timbalah sebanyak  mungkin ilmu dan pengalaman di sana, dan juga paling penting balik untuk dikongsikan dengan anak murid dan warga pendidik di Malaysia.






Catat Ulasan

1 Ulasan