.

.

Rabu, 15 Ogos 2018

Kolokium STEM Zon Kelantan

Selesai perkongsian bersama sekolah angkat di SMK Pengkalan Chepa 1, esok nya saya bersedia bagi sesi bengkel untuk Kolokium STEM Zon Kelantan pula. Kali nih, di Universiti Malaysia Kelantan, dengan melibatkan lebih 500 orang guru dari seluruh negeri Kelantan.  


Kolokium STEM Zon Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan
Kolokium STEM Zon Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan

Sekali lagi team STEMVengers diberi kepercayaan untuk mengendalikan bengkel semasa kolokium ini berlangsung. Maka, banyak perancangan yang telah dilakukan sebagai persediaan. Mujur atas inisiatif Dr Ihsan dan pegawai Sains negeri, maka setiap guru diberi sekolah angkat yang akan membantu. 

Untuk saya, saya libatkan juga pelajar yang telah terlibat dengan bengkel STEM project-based sehari sebelumnya. Maka diorang lah yang akan membantu saya membuat persediaan sebelum, semasa dan selepas bengkel dengan guru ini.


Kolokium STEM Zon Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan
Bersama dengan team Kedah

Kolokium STEM Zon Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan
Guru Cemerlang Sado, Cikgu Deen (Bahasa Melayu)

Sesi petang bagi kolokium STEM di Kelantan ini dibahagikan kepada 12 kumpulan. Setiap kumpulan menerima lebih kurang 50 orang guru dengan topik perkongsian yang berbeza. Untuk saya, adalah bagi tajuk project-based learning dengan mengetengahkan tajuk penjelajahan angkasa. Tapi ramai jugak sebenarnya yang dah cabut balik. Sebabnya, dalam bilik saya hanya ada lebih kurang 20 orang sahaja. Masih ok lah.

Penerimaan guru-guru adalah sangat baik, walaupun ramai jugak yang blur-blur. Mungkin arahan saya yang kurang jelas. Tapi bila semuanya berlaku, masing-masing mula dapat rentak untuk menghasilkan apa yang dikehendaki bengkel. 

Terima kasih juga buat murid-murid SMK Pengkalan Chepa 1 yang sangat banyak membantu saya sepanjang bengkel berlangsung. Sangat-sangat membantu!


Kolokium STEM Zon Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan

Kolokium STEM Zon Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan

Kolokium STEM Zon Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan

Kolokium STEM Zon Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan
Pelajar dan guru SMK Pengkalan Chepa 1 yang membantu sepanjang bengkel berlangsung

Kolokium STEM Zon Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan

Kolokium STEM Zon Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan
Ini pula pembantu daripada Universiti Malaysia Kelantan

Kolokium STEM Zon Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan
Fasa menguji produk yang dihasilkan semasa bengkel STEM

Sesi tamat pada jam 5 petang dengan semua guru bergerak ke dewan utama untuk sesi penutup. Saya rasa lega sebab semua fasa berlangsung seperti yang dirancangkan termasuk menguji produk yang dihasilkan guru. Sempat juga buat refleksi supaya guru-guru lebih jelas bagaimana pendekatan project-based learning boleh diaplikasikan dalam pengajaran STEM masing-masing. 




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan