About Me

Bengkel PBL STEM di SMK Bandar Puteri Jaya

Hubungan saya dengan sekolah SMK Bandar Puteri Jaya memang cukup erat sejak PAK21 diperkenalkan lagi. Sebanyak dua kali saya telah dijemput untuk perkongsian dengan guru-guru sekolah ini berhubung dengan PAK21, dan amalan terbaik. Kali ini, ada lagi jemputan untuk Bengkel Project-based Learning STEM bagi murid-murid tingkatan 2.


Bengkel Project-based Learning STEM di SMK Bandar Puteri Jaya
Bengkel Project-based Learning STEM di SMK Bandar Puteri Jaya

Bengkel ini bertitik tolak daripada perbualan saya dengan tuan Pengetua SMK Bandar Puteri Jaya, Tuan Haji Osman berkaitan dengan kemahiran berfikir aras tinggi murid. Beliau menyatakan hasrat beliau untuk melihat saya melaksanakan pembelajaran STEM dalam kelas, bagi dikongsikan juga dengan guru-guru STEM di sekolah ini. Maka pada tarikh yang dipersetujui, berlangsunglah bengkel dengan jayanya. 


Bengkel Project-based Learning STEM di SMK Bandar Puteri Jaya
Tuan Haji Osman, Pengetua SMK Bandar Puteri Jaya

Seperti biasa saya akan bawa beberapa orang murid saya bagi memberi pendedahan kepada mereka juga. Di samping dapat berkenalan dengan rakan baru, mereka juga berpeluang untuk belajar memimpin rakan sepasukan bila diperlukan. Skil yang amat mereka perlukan bila keluar dari sekolah nanti.

Bagi sesi bengkel, saya cuba jalankan pendekatan project-based learning bagi tajuk Kaedah rawatan air. Yang mana tugasannya, adalah murid dikehendaki menghasilkan produk yang boleh menapis air dengan bersih secara berpasukan. 


Bengkel Project-based Learning STEM di SMK Bandar Puteri Jaya

Bengkel Project-based Learning STEM di SMK Bandar Puteri Jaya

Bengkel Project-based Learning STEM di SMK Bandar Puteri Jaya

Dapatkan buku STEM : Amalan Terbaik Bilik Darjah secara online
Dapatkan buku STEM : Amalan Terbaik Bilik Darjah secara online

Bengkel Project-based Learning STEM di SMK Bandar Puteri Jaya


Murid dirangsang dengan proses perancangan yang menggunakan kemahiran berfikir kreatif dan kritis. Saya tekankan pada teknik penyoalan dan kebebasan idea supaya murid dapat keluarkan idea-idea menarik mereka serta berfikir di luar kotak. 

Bagi sesi perkongsian guru pula, saya tekankan pada bagaimana kaedah saya membimbing murid sepanjang proses berlaku. Terutamanya cara saya menyoal murid. Malah kami turut ada sesi perkongsian amalan STEM, dan bersoal jawab bagi guru yang mahu mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang STEM dan amalan project-based learning. 


Bengkel Project-based Learning STEM di SMK Bandar Puteri Jaya

Bengkel Project-based Learning STEM di SMK Bandar Puteri Jaya
Bersama Pengetua dan 16 guru STEM SMK Bandar Puteri Jaya yang terlibat bengkel

Secara keseluruhannya, bagi saya bengkel sebegini adalah sangat menyeronokkan. Bukan sahaja murid yang mendapat peluang untuk belajar dengan pendekatan STEM seperti project-based dan lain-lain, tetapi perkara ini juga dapat dikongsikan bersama-sama guru-guru STEM yang lain. 

Semoga perkongsian ini memberi input berguna dan membantu guru-guru untuk melaksanakan pendekatan STEM dalam bilik darjah dengan lebih baik.





Catat Ulasan

0 Ulasan