.

.

Selasa, 16 Januari 2018

Bertemu Penerima Hadiah Nobel

Bila mendapat emel jemputan daripada Honeywell bagi menghadiri satu seminar pendek eksklusif, saya sudah rasa sangat teruja. Apatah lagi apabila, seminar tersebut akan diberikan oleh seorang penerima Hadiah Nobel Fizik, iaitu Saintis Professor Robert B Laughlin.


Dengan kebenaran hadir daripada JPN Kedah, maka saya bertolak ke Kuala Lumpur awal pagi ini dengan menggunakan kapal terbang. Tambang pergi balik baru rm120, maka saya rasa menggunakan kapal terbang lebih selesa dan cepat.


Sampai di KL Sentral, sempat saya bertemu sahabat, Cikgu Khuzaimy dan Cikgu Ali untuk makan tengahari di Teh Tarik Cafe. Terima kasih sebab sudi temankan saya.

Dari sana pulak saya guna Grab untuk ke Ritz Carlton Hotel di Bukit Bintang, tempat berlangsungnya majlis.

Rupanya majlis tersebut sangat eksklusif. Hanya sebilangan kecil yang dijemput, antaranya pihak media, sekumpulan guru dan MIGHT.


Sesi forum dimeriahkan oleh tiga panel yang sangat hebat. Mereka adalah:
1. Professor Robert  Laughlin, penerima Hadiah Nobel 1998 (Fizik)
2. Tan Sri Zakri Abdul Hamid, penasihat Sains kepada Perdana Menteri
3. Puan Sarinah, Honeywell

Dalam forum 15 minit ini mereka berkongsikan penglibatan awal mereka dalam dunia STEM. Keterujaan dengan benda sains di sekeliling mereka sejak mereka kecil, menjadikan mereka mint dan jatuh cinta yang mendalam kepada bidang sains. Itu yang saya perasan.


Panel forum juga menyatakan bagaiamana ibubapa dan guru memainkan peranan yang amat penting dalam menanam minat kepada dunia STEM. Namun yang paling penting adalah mengubah persepsi sendiri kepada dunia sains dan kepentingannya itu sendiri.

Honeywell juga rupanya memberi banyak galakan kepada menyuburkan bidang STEM melalui latihan dan sumbangan kepada guru-guru. InshaAllah jika ada peluang, saya akan kongsikan perkara ini lebih banyak di masa akan datang.

Penasihat sains perdana menteri, Tan Sri Zakri

Penerima Hadiah Nobel Fizik, Robert B Laughlin

Sesi yang berlangsung sehingga jam 4 petang itu juga memberi peluang yang banyak kepada tetamu untuk sesi soaljawab.

Sempat juga saya bertegur sapa dengan beberapa rakan guru yang hadir dan bertukar nombor fon. Mana tahu ada perancangan kolaboratif di masa akan datang.


0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan