.

.

Isnin, 25 Jun 2018

Open Classroom Pembelajaran Abad ke-21 untuk Guru Kubang Pasu

Alhamdulillah sekembalinya dari Honeywell Educators at Space Academy, saya diberi pula peluang untuk berkongsi amalan terbaik bilik darjah bersama guru Kubang Pasu melalui sesi Open Classroom di Politeknik Jitra. Dah lama dirancang oleh SISC+ Kubang Pasu, akhirnya berjaya dilaksanakan selepas cuti sekolah pertengahan tahun.


Open Classroom Pembelajaran Abad ke-21 untuk Guru Kubang Pasu
Open Classroom Pembelajaran Abad ke-21 untuk Guru Kubang Pasu

Bahagian saya adalah melalui sesi Open Classroom, mengajar kat depan, sambil diperhatikan oleh guru-guru lain. Ganas kan bunyik dia? Walaupun ada bermacam risiko, tapi saya positif saja lah. Peluang untuk saya juga menambahbaik sesi pembelajaran dan pemudahcaraan saya bersama murid.

Sebulan sebelum program berlangsung, saya dan pegawai SISC+ serta beberapa guru berpengalaman sudah duduk semeja bagi berbincang lesson plan saya. Setelah mencapai kata sepakat, terutamanya bagi mmenuhi kriteria instrumen yang ada pada SKPMg2 Standard 4, maka kami teruskan.


Open Classroom Pembelajaran Abad ke-21 untuk Guru Kubang Pasu

Open Classroom Pembelajaran Abad ke-21 untuk Guru Kubang Pasu


Murid yang saya gunakan adalah murid kelas 2 Arif, yang sudah punya pengalaman 2 tahun bersama saya sejak tahun lepas. Saya pilih topik Air dan Larutan, dan bagi memastikan sesi Open Classroom ini asli, maka tiada langsung rehearsal dijalankan. 

Audiens adalah guru-guru yang dibimbing SISC+ dari 6 buah sekolah dalam Kubang Pasu. Guru yang hadir diberikan taklimat mengenai penggunaan instrumen TCT dan SKPMg2 bagi membolehkan mereka lebih fokus dengan apa yang saya kongsikan. Malah bagi memastikan mereka betul-betul dapat apa yang saya cuba sampaikan.


Open Classroom Pembelajaran Abad ke-21 untuk Guru Kubang Pasu
Kumpulan SISC+ Kubang Pasu yang banyak membantu bagi sesi Open Classroom

Open Classroom Pembelajaran Abad ke-21 untuk Guru Kubang Pasu


Alhamdulillah sesi open classroom berlangsung dengan baik. Perancangan pdpc selama 1 jam juga mengikut seperti yang dirancangkan dalam lesson plan. Sesi diteruskan sesi perbincangan guru mengikut sekolah, dibantu oleh Pengetua masing-masing. Mereka menggunakan instrumen yang diberi bagi memberi penilaian kepada pdpc saya, lengkap dengan kenapa dan mengapa.

Saya terima saja semua komen yang membina dan baik kerana memang itu yang saya perlukan daripada guru-guru lain. Ruang untuk saya tambahbaik pdpc saya lagi. InshaAllah, saya percaya, sentiasa ada ruang untuk kita jadi lebih baik.


Open Classroom Pembelajaran Abad ke-21 untuk Guru Kubang Pasu


Sesi berakhir dengan kata-kata penutup daripada pihak penganjur, iaitu kumpulan pegawai SISC+ Kubang Pasu yang diketuai oleh Encik Sabri. Saya pula secara peribadi, memang rasa sangat lega kerana semuanya dah selesai dan berakhir dengan baik.

Walaupun penat balik dari Amerika blom selesai, tapi bila memikirkan manfaat yang dapat diperolehi oleh guru lain, menyuntik sikit tenaga kepada saya untuk buat yang terbaik.


Maklumbalas daripada guru-guru yang hadir Open Classroom menggunakan Padlet
Maklumbalas daripada guru-guru yang hadir Open Classroom menggunakan Padlet

Maklumbalas daripada guru-guru yang hadir Open Classroom menerusi komen di Facebook
Maklumbalas daripada guru-guru yang hadir Open Classroom menerusi komen di Facebook

Semoga guru yang hadir pada sesi perkongsian Open Classroom semalam juga mendapat manfaat yangakhirnya dapat diamalkan dalam bilik darjah nanti. Sama-sama kita jadi guru yang terbaik!





3 ulasan: