About Me

HESA 2018 : Hari 6 (Graduasi Space Camp)

Dan hari ini adalah hari terakhir kami bagi Honeywell Educators at Space Academy. Sekejap saja masa berlalu. Tak puas lagi nak berkenalan dengan para pendidik dari seluruh dunia nih. Tengok-tengok dah nak kena balik.


Honeywell Educators at Space Academy 2018

Untuk hari terakhir nih, ada perkongsian daripada Homer Hickman, penulis novel-novel angkasa yang terkenal. Novel beliau paling terkenal adalah The Rocket Boys. Memang novel bestseller lah kalau kat US nih lah. Kalangan peminat cerita-cerita angkasa memang tahu lah kot pasal novel.

Banyak kisah yang dikongsikan beliau daripada mula macamana terinspirasi nak keja dengan NASA, sampai lah dapat kerja dengan NASA dan akhirnya masih membantu untuk NASA sekarang kepada generasi muda. 


Homer Hickman, penulis novel-novel angkasa yang terkenal

Homer Hickman, penulis novel-novel angkasa yang terkenal
Homer Hickman, penulis buku The Rocket Boys

Yang bestnya lepas dia ceramah-ceramah, dia kata nak hadiahkan buku dia kepada semua peserta HESA pada tahun nih. Yeahhh.. dapat buku free lagi!

Seterusnya adalah perkongsian mengenai industri commercial space dan agensi angkasa daripada negara selain daripada Amerika Syarikat. Saya senaraikan secara ringkas antara syarikat yang berkaitan dengan industri komersial angkasa dan badan angkasa lain kat dunia.


Industri komersial angkasa
  
COMMERCIAL SPACE
SpaceX - http://www.spacex.com/
Boeing - https://www.boeing.com/space/
Lock heed Martin - https://www.lockheedmartin.com/en-us/index.html


AGENSI ANGKASA DUNIA
NASA (Amerika Syarikat) - https://www.nasa.gov/
JAXA (Jepun) - http://global.jaxa.jp/
ESA (Kesatuan Eropah) - https://www.esa.int/ESA
ROSCOSMOS (Russia) - http://en.roscosmos.ru/
ISRO (India) - https://www.isro.gov.in/
CNSA (China) - http://www.cnsa.gov.cn/n6443408/index.html
ANGKASA (Malaysia) - http://www.angkasa.gov.my/


Bagusnya program ini, selepas tamat latihan pihak US Space and Rocket Center adakan majlis graduasi. Perghhh.. ala-ala macam tamat satu kursus angkasawan la lebih kurangnya. Dan graduasi nih juga bukan untuk peserta yang ikut Space Camp bagi guru-guru, tetapi juga untuk peserta lain yang ikut Space Camp. Jadi cuba bayang, kalau kita yang dewasa nih pun excited, apatah lagi kanak-kanak kan?


HESA 2018 : Hari 6 (Graduasi Space Camp)

HESA 2018 : Hari 6 (Graduasi Space Camp)

HESA 2018 : Hari 6 (Graduasi Space Camp)

HESA 2018 : Hari 6 (Graduasi Space Camp)

HESA 2018 : Hari 6 (Graduasi Space Camp)


Majlis graduasi bermula dengan aktiviti dinner. Dah makan-makan semua kenyang-kenyang, pastu baru kami bersedia untuk majlis graduasi. Giler... feeling-feeling grad kat kolej di Amerika baq ang!

Kemudian semua berkumpul di dewan untuk graduasi. Kali ini, semua duduk mengikut aturan nama yang akan dipanggil semasa penganugerahan pingat nanti. 

Dan opkos lah, nama saya yang pertama sekali dalam team KIBO, sebab diorang mulakan dengan nama bapa saya dulu, ABDUL MUTALIB. Hahahahhaa.. tapi disebabkan Richard tanya apa nama yang dia perlu sebut, maka saya maklumkan kepada dia nama betul saya. Jadi tak ler dengar pelik sangat.


HESA 2018 : Hari 6 (Graduasi Space Camp)

HESA 2018 : Hari 6 (Graduasi Space Camp)

HESA 2018 : Hari 6 (Graduasi Space Camp)


Adat bagi program Honeywell Educators nih, setiap kali nama disebut, hanya sekali tepuk saja semua orang. Lucu jugak awal tu, tapi lepas tu rasa ok lah plak. Lagi mudah kan. 

Selesai majlis graduasi, kami diberikan setengah jam untuk bersiap bagi Rocket Party. Acara tari menari sambil diorang sambung makan dan minum-minum lagi. Seronok juga tengok cikgu-cikgu Amerika dan dari negara lain dressing up untuk parti nih. Semua orang happy!

Disebabkan ada parti pada malam tersebut, maka bas datang lewat sket daripada hari biasa. Beberapa masa ditetapkan supaya kalau sapa yang nak lepak lebih lama, boleh terus berada di US Space and Rocket Center. Yang nak balik, boleh lah ambik bas awal sket.


HESA 2018 : Hari 6 (Graduasi Space Camp)
Bahan yang dapat sekali dengan sijil graduasi Space Camp

Dengan selesainya graduasi tadi, maka berakhirlah kisah gembira pengalaman hebat mengikuti Honeywell Educators at Space Academy. Saya secara peribadi rasa sangat bersyukur diberi peluang dan rezeki untuk mengikuti kursus pada tahun ini. Dapat ramai kawan dari serata dunia dan yang paling penting banyak benda saya dapat belajar daripada pengalaman seminggu di Amerika Syarikat ini. 

Bagi yang berminat nak tengok perjalanan pengalaman hebat ini dari hari pertama sehinggalah ke hari terakhir, boleh juga tonton video saya di Youtube di bawah




Best kan? Tapi yang lebih bermain di minda, adalah bagaimana semua ilmu ini dapat saya praktikkan dengan anak murid saya dan bagaimana ilmu itu dapat dikongsi dengan lebih ramai guru di Malaysia nanti . InshaAllah saya akan cuba buat yang terbaik!


Nantikan juga kupasan seterusnya, 10 Perkara Menarik Saya Belajar daripada Pengalaman HESA 2018!




Catat Ulasan

0 Ulasan