About Me

HESA 2018 : Hari 2 (Go KIBO Go)

Hari kedua di sini sangat mendebarkan. Banyak yang nak ditunggu. Jadi seawal pagi jam 7.15 sudah disediakan bas pertama untuk bergerak dari penginapan ke tempat bengkel, US Space and Rocket Center. Bas kedua dan ketiga pada jam 7.30 pagi.

Go team Kibo go! HESA 2018
Go team Kibo go!

Tiba saja di sana, kami semua dikumpulkan di bangunan yang diberi nama Marshall Institute Educator Resource Center. Maknanya semua aktiviti dan program yang berkaitan dengan bahagian pendidikan di US Space and Rocket Center, semuanya dijalankan di sini. Ada seksyen khas khusus bagi menyediakan bahan pembelajaran yang berkaitan dengan pendidikan. Bagus kan?


Bahagian khas untuk pendidikan bagi US Space and Rocket Center
Bahagian khas untuk pendidikan bagi US Space and Rocket Center


Kata aluan diberikan oleh Dan Oates, yang merupakan Pengarah yang jaga bahagian pendidikan di sini. Dan juga sempat memberikan taklimat ringkas program ini, serta apa yang mereka dah buat melalui institut mereka.

Sebenarnya banyak lagi program pendidikan yang dijalankan mereka. Ada Space Camp untuk kanak-kanak datang masa cuti Summer, ada bengkel untuk guru-guru Amerika, ada program untuk anak-anak tidak dapat melihat, dan tak lupa program mereka dengan kerjasama tajaan syarikat Honeywell, iaitu Honeywell Educators at Space Academy.


Dan bagi tahun 2018 ini, seramai 120 orang pendidik daripada 35 buah negara yang terlibat bagi program Honeywell for Educators, dengan sebahagian besarnya merupakan guru daripada 45 / 50 buah negeri yang ada di Amerika Syarikat. 



Bersama Karla Windham yang bertanggungjawab urus surat menyurat kami
Bersama Karla Windham yang bertanggungjawab urus surat menyurat kami

Seterusnya Dr Deborah Barnhart, yang merupakan Pengarah US Space and Rocket Center pula memberikan kata aluan. Hebat, sempoi saja. Sambil berdiri kat depan pintu saja bagi ucapan ringkas. Dalam ucapan pula, tak henti ucapkan terima kasih pada guru-guru yang berjaya hadir (sebab Amerika tengah cuti sekolah). 

Paling saya suka, sebab Dr Deborah nih boleh mention dan puji setiap sorang staf dia yang terlibat dengan program ini. Nampak sangat beliau dekat dan ambik peduli dengan setiap seorang, tak kisah walau kerja kecik. Saya yakin, beliau mesti merupakan seorang ketua yang sangat baik!


Sepanjang program ini berlangsung juga, kami tidak diberikan jadual atau tentatif. Saya pun tak pasti kenapa. Tapi rasanya mungkin sebab nak bagi kejutan kepada peserta kot setiap kali nak buat aktiviti baru. Dan setiap dua kumpulan akan mengikuti aktiviti yang sama, pada masa yang sama. 



Hari tanpa jadual untuk kejutan

Aktiviti seterusnya adalah pertemuan pertama ahli kumpulan. Seperti yang tertera pada tag nama yang diberi, nama kumpulan saya adalah team Kibo. Taktau pun Kibo tu benda apa. Nanti baru nak explore. Hahahahhaa.

So dalam team Kibo nih ada 15 orang guru. Dan instructor atau mentor kami adalah Richard. Orangnya sangat baik, dan simple saja. Senang nak berunding kalau ada apa-apa permasalahan. Dalam team Kibo, ada seorang dari Malaysia (saya lah tu), seorang dari Taiwan, seorang dari Vietnam, dua orang dari Mexico, seorang dari Perancis dan lagi 9 orang dari Amerika Syarikat.


Team 1 Dunia


Huhu.. masa nih lah baru berpeluh-peluh nak ambik tahu kat mana letak Tennessee, Iowa, New York, California etc. At least ada idea sket bila nak bersembang dengan diorang. Pastu diorang nih siap ada dua bahagian besar, North dan South yang berbeza. Satu puak konservatif sket dan satu puak lagi progresif sket. Isu lama daripada sejak Perang Saudara diorang lagi.

Kemudian aktiviti melawat kawasan sekitar kompleks US Space and Rocket Center nih. Memang besor giler. Lengkap semua macam-macam ada. Ada asrama yang dinamakan the Habitat dengan design yang cool giler. Budak-budak yang join Space Camp akan stay kat sini lah. 


Kemudahan asrama di Habitat
Kemudahan asrama di Habitat

Sesi memperkenalkan US Space Rocket Center
Sesi memperkenalkan US Space Rocket Center





Banyak lagi kemudahan lain yang ada. Muzium, kedai, dan pelbagai seksyen dengan aktiviti yang menyeronokkan untuk pengunjung cuba. Rasa saya, bukan budak-budak saja yang suka, yang dewasa pun excited woo nak cuba!

Selesai tour ke segenap penjuru kawasan kompleks ini, kami kemudian dibawa untuk sesi ceramah. Kali nih diperkenalkan dengan peranan-peranan penting bagi misi yang kami sendiri kena jalankan. Memang best dan tak sabar nak tunggu. 


Sesi memperkenalkan US Space Rocket Center


Diperkenalkan dengan beberapa tugas penting seperti Flight Commander, EECOM, GNC, FDO, EGIL dan Mission Specialist. Pening nak ingat masa mula, sebab belum biasa dengan istilah dan shortform yang digunakan. Dah ler kena fokus camana nak jalankan dua misi penting, iaitu Misi Orion dan satu lagi Misi ke Marikh.

Selesai pilih apa tugas yang kami nak, kami dibawa ke suatu lagi kawasan yang sedikit jauh daripada dua tempat tadi, iaitu ke kawasan hutan untuk aktiviti team building. Kali nih 15 orang guru team Kibo dibahagikan kepada dua kumpulan kecil lagi. Dan aktiviti macam biasa la, untuk team building. 


Satu permainan team building yang menarik


Kami sempat cuba 3 aktiviti sahaja. Tetapi menarik. Dan ada sesetengahnya boleh dilaksanakan di sekolah bersama anak murid saya nanti. Bro cuba!

Habis aktiviti di sini, kami terus bergegas balik ke Kompleks Saturn V, bagi sesi perkongsian dengan seorang astronaut terkenal di Amerika Syarikat, iaitu Lawrance DeLucas yang ke angkasa dengan Mission STS 50. 


Sesi bersama asronaut Lawrance DeLucas
Sesi bersama asronaut Lawrance DeLucas

Banyak yang saya kagum semasa perkongsian beliau. Antaranya adalah bagaimana passion beliau berjaya membawa beliau ke angkasa, sebab degree pertama beliau bukan adalah dalam bidang matematik. Yang kedua, dia punya hebat, sampai dia ada 5 degree termasuk dari bidang optik yang diambil kerana atas sebab passion.

Dan lagi satu, saya suka bagaimana budak-budak Amerika nih yang datang ke ceramah beliau bersama kami, cukup berani bertanya soalan yang macam-macam kepada beliau. Setiap soalan juga dilayan dengan cukup baik dan profesional, tanpa sedikit pun nak merendahkan minat atau mentertawakan budak-budak kecil tersebut. 



Perkongsian yang hebat daripada Lawrance DeLucas
Perkongsian yang hebat daripada Lawrance DeLucas

Dengan sikap yang sebegitu, pasti akan ada ramai budak-budak yang akan terinspirasi bagi melakukan perkara hebat yang sama. Hebat kan?


Selesai semuanya kami bergerak balik ke penginapan di University of Alabama, North Campus. Baru lah tahu, rupanya teammate saya juga merupakan roommate saya juga. Mereka merupakan Craig dari Iowa, Anthony dari Tennessee dan Carlos dari Mexico. Walaupun baru jumpa sehari, tapi mereka nih sangat baik dan sentiasa bersama saya sepanjang kem nih berlangsung.




Bersama room mates, Carlos dan Anthony


Dah sampai ke penginapan, terus tidur. Jet lagged tak habis lagi!



Catat Ulasan

0 Ulasan