.

.

Sabtu, 28 April 2018

Peer Coaching Project based learning di SMK Bandaraya Kota Kinabalu

Menariknya penyertaan saya dalam Kolokium STEM Sabah kali ini adalah kami diberikan sekolah angkat di Sabah bagi membantu persiapan bahan untuk kegunaan bengkel hands on nanti. Sekolah angkat saya, SMK Bandaraya Kota Kinabalu terletak di Bandar Menggatal yang lebih kurang 45 minit perjalanan dari bandar Kota Kinabalu. 


Peer Coaching Project based learning di SMK Bandaraya Kota Kinabalu
Peer Coaching Project based learning di SMK Bandaraya Kota Kinabalu

Banyak sejarah sekolah ini yang dulunya dikenali sebagai SMK Menggatal. Dengan jumlah murid yang sangat ramai dan guru yang mencecah lebih 100 orang, sekolah ini menjadi pilihan utama murid di kawasan sekitar. Cuma bangunan sekolah yang sedikit uzur, nampak kesian pulak nak uruskan jumlah pelajar yang sebegitu ramai. 


Salah seorang pengendali bengkel di Kolokium STEM Sabah ini juga merupakan guru di sini, iaitu Cikgu Nadia Richard. Guru hebat ini saya sudah kenali sewaktu sama-sama mengikuti Persidangan Antarabangsa STEM di UPSI pada tahun lepas. Jadi mudah saya berurusan dengan beliau. 


Jadi bagi memberikan situasi win-win antara pengendali dan juga sekolah angkat, maka kami diberikan peluang untuk membuat perkongsian bersama warga guru SMK Bandaraya KOta Kinabalu. Selepas persetujuan bersama, maka kami bersetuju dengan sesi peer coaching bagi tajuk penggunaan project based learning. 




Peer Coaching Project based learning di SMK Bandaraya Kota Kinabalu



Antara yang saya minta guru-guru sains SMK Bandaraya Kota Kinabalu untuk perhatikan semasa pdpc inkuiri ini adalah bagaimana teknik penyoalan yang betul boleh merangsang murid untuk terus bermotivasi mencari ilmu. Tak juga dilupakan peranan yang betul bagi guru sebagai fasilitator. 

Malah saya cuba perjelaskan lagi kepada mereka bagaimana penggunaan Model Pembelajaran 5E boleh membantu mereka merancang aktiviti pembelajaran yang mantap, serta bagaimana pendekatan Pembelajaran Abad ke-21 dan pendekatan STEM dapat diselitkan di situ.



Peer Coaching Project based learning di SMK Bandaraya Kota Kinabalu


Secara keseluruhan, saya rasakan sesi perkongsian ini sangat memberi manfaat juga kepada saya sendiri. Menguruskan murid yang pertama kali bertemu dengan saya, bukan lah sesuatu perkara yang mudah. (Sebab mereka belum faham cara kerja dan arahan saya) 

Tetapi di situ lah juga membuka ruang dan peluang untuk saya sendiri belajar kaedah terbaik yang disesuaikan dengan pengalaman sendiri semasa dalam bilik darjah.


Apa pun saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat rakan guru Sains SMK Bandaraya Kota Kinabalu yang sudi membantu saya untuk persiapan bagi bengkel di Kolokium STEM Sabah. Semoga kita sama-sama dapat manfaat daripada perkongsian hari ini. Sampai bertemu lagi ya!



0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan