.

.

Khamis, 12 April 2018

Bengkel Bina Modul Sekolah Orang Asli

Alhamdulillah sekali lagi dapat melibatkan diri memberi sumbangan kepada KPM melalui Bahagian Pendidikan Guru. Kali ini adalah bagi kerjasama untuk menghasilkan Modul Bagi Kegunaan Guru Sekolah Orang Asli. Bertempat di IPG Kampus Dr Razali Ismail, Terengganu bengkel membina modul ini memberi pengalaman baru buat saya. 


Bengkel Bina Modul Sekolah Orang Asli
Bengkel Bina Modul Sekolah Orang Asli

Penglibatan ini juga memberi peluang kepada saya untuk bertemu dengan warga pendidik lain, terutamanya rakan  guru dari sekolah rendah dan juga para pensyarah IPG yang telah sekian lama terlibat dengan sekolah orang asli seluruh Malaysia. 

Seronok juga dapat mendengar perkongsian daripada rakan guru di sana. Memandangkan saya tidak pernah ada langsung pengalaman yang berkaitan dengan sekolah orang asli, maka peluang digunakan sebaik mungkin untuk menimba ilmu berkaitan satu lagi sistem yang kita ada dalam sistem pendidikan kita. 


Bengkel Bina Modul Sekolah Orang Asli



Bengkel Bina Modul Sekolah Orang Asli

Menyampaikan buku STEM tulisan saya kepada Timbalan Pengarah BPG, Puan Rosnarizah

Pertemuan kali pertama ini bari peringkat menghasilkan tentatif dan menilai apa keperluan untuk guru-guru yang berada di sekolah orang asli. Pelbagai masalah dan hal yang berkaitan juga dibincangkan. 

InshaAllah pertemuan seterusnya akan jadi lebih baik, dan lebih berfokus kepada penyediaan bahan yang sesuai dengan keperluan meningkatkan tahap profesionalisme guru di sekolah asli tersebut.




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan