.

.

Jumaat, 19 Januari 2018

Pengalaman ke Binaan Tertua Manusia, Candi Lembah Bujang!

Bersempena Cuti Keputeraan Sultan Kedah hari ini, saya ambil peluang untuk melawat tempat menarik di Kedah. Pikir punya pikir, terlintas satu tempat sejarah yang dekat, tapi tak pernah pun saya melawat, iaitu Candi Lembah Bujang. Maka, start kereta dan terus bergerak ke sana.


Pengalaman ke Binaan Tertua Manusia, Candi Lembah Bujang!
Pengalaman ke Binaan Tertua Manusia, Candi Lembah Bujang!

Jika dari tempat saya di Perlis ni, jarak Candi Lembah Bujang ini hanya lah dalam 70km camtu saja. Bandar yang terdekat dengan Candi Lembah Bujang ini adalah bandar Sungai Petani, yang jaraknya lebih kurang 18km camtu sahaja. Maka bagi orang jauh yang berhajat nak datang, boleh lah tempah hotel di Sungai Petani, untuk lebih banyak aktiviti menarik selepas nya.

Buat pengetahuan, walaupun lokasi ini dekat saja dengan tempat saya, tapi ini adalah merupakan kunjungan kali pertama saya ke sini. Hahahaha..


Pintu masuk utama ke Kompleks Candi Lembah Bujang
Pintu masuk utama ke Kompleks Candi Lembah Bujang

Jadi bagi menjadikan kunjungan lebih bermakna, dan terisi dengan aktiviti, maka saya bawak juga dua orang fotografer sekolah saya, iaitu Fathurahman dan Firdaus. Saya gunakan juga peluang ini sebagai sesi latihan untuk mereka berdua. Kajian lapangan. Hahahhaha..



Binaan Tertua Manusia!
Tahu tak anda, yang Lembah Bujang nih adalah merupakan binaan tertua manusia yang pernah direkodkan di Asia Tenggara, iaitu dibina sekitar tahun 110 SM. Lama weyh. Malah lebih tua daripada Angkor Wat dan Borobudur yang dibina pada abad ke-7 dan ke-8. Wow.. dahsyat kan?

Kehadiran candi itu juga menunjukkan peradaban manusia yang bertamadun dah lama wujud di bumi Kedah nih. Setanding dengan tamadun-tamadun purba dunia yang lain. Wuiyooo.. takkan tak rasa bangga kot?

 
The Golden Chersonese = Semenanjung Emas
The Golden Chersonese = Semenanjung Emas


Selain daripada itu, Lembah Bujang nih memang sangat masyhur pada suatu ketika dahulu sebagai pelabuhan besar yang pedagangnya datang dari seluruh pelusuk dunia. Dengan Gunung Jerai sebagai 'panduan' mereka, sebelum mereka singgah ke muara Sungai Merbok di Utara Semenanjung Tanah Melayu yang juga dikenali sebagai Semenanjung Emas!



Kompleks Candi Lembah Bujang
Sebenarnya Candi Lembah Bujang nih terdiri daripada penempatan beberapa buah candi dalam satu kawasan seluas 224 km persegi. Dan dalam kompleks nih ada banyak candi, sebagai contoh Candi Bukit Batu Pahat, Candi Pendiat, Candi Pengkalan Bujang dan Candi Bendang Dalam. 


Muzium Arkeologi Lembah Bujang
Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Semasa saya sampai ke kawasan Candi Lembah Bujang, tak banyak kenderaan yang kelihatan. Jadi kawasan parking tu memang masih boleh diisi dengan lebih ramai lagi pengunjung. Hampir dengan kawasan parking juga ada disediakan surau bagi yang nak menunaikan solat.

Terus kami bergerak ke kawasan utama kompleks, iaitu yang menempatkan muzium dan macam pejabat sket lah. Tapi sayang, mungkin sebab datang pada hari cuti negeri, maka Muzium Arkeologi Lembah Bujang tu pun tak buka. Hanya boleh lihat beberapa artifak lama, yang macam perahu kat luar bangunan. Perahu Sagor namanya. 


Perahu Sagor di Candi Lembah Bujang
Perahu Sagor di Candi Lembah Bujang

Menurut catatan kat situ juga, penemuan Perahu Sagor nih membuktikan bahawa kenderaan ini telah digunakan sebagai pengangkutan utama masyarakat tempatan untuk membawa barang dagangan sejak kurun ke-3 masihi. Lamanya!


Pengalaman ke Binaan Tertua Manusia, Candi Lembah Bujang!

Pengalaman ke Binaan Tertua Manusia, Candi Lembah Bujang!


Dari sana kami mula bergerak ke arah kawasan utama yang menempatkan candi-candi. Kawasannya berbukit sket. Tapi tangga batuan disediakan bagi memudahkan pendakian. 


Di sebelah kiri sebelum nak mendaki tu ada juga beberapa batuan yang ditemui di merata tempat, dan dikumpulkan dengan tujuan yang sama. 


Pengalaman ke Binaan Tertua Manusia, Candi Lembah Bujang!

Pengalaman ke Binaan Tertua Manusia, Candi Lembah Bujang!




Kumpulan Candi-Candi Yang pertama sekali kami jumpa adalah Candi Pendiat. Candi ini juga dikenali sebagai Tapak 16 yang ditemui di Kampung Pendiat, dan kemudian di bina semula di atas Bukit Batu Pahat ini. 



Candi Pendiat di Candi Lembah Bujang

Candi Pendiat di Candi Lembah Bujang

Candi Pendiat di Candi Lembah Bujang



Yang kedua pula adalah Candi Bukit Batu Pahat. Juga dikenali sebagai Tapak 8 dan inilah candi yang sering dijadikan trademark kepada Lembah Bujang. Candi utama kat sini lah kiranya. Betul-betul atas bukit. 


Candi Bukit Batu Pahat di Candi Lembah Bujang

Candi Bukit Batu Pahat di Candi Lembah Bujang

Candi Bukit Batu Pahat di Candi Lembah Bujang

Candi Bukit Batu Pahat di Candi Lembah Bujang

Candi Bukit Batu Pahat di Candi Lembah Bujang



Yang ketiga pula adalah Candi Pengkalan Bujang, dengan label Tapak 21. Kedudukannya bersebelahan dengan Candi Bukit Batu Pahat saja. 


Candi Pengkalan Bujang di Candi Lembah Bujang

Candi Pengkalan Bujang di Candi Lembah Bujang



Dan yang terakhir adalah Candi Bendang Dalam, yang terletak di sebelah satu lagi. Candi ini pun sama, iaitu ditemui dalam tiga buah bangunan utama dan dibina semula di sini. Lebih kecil berbanding candi-candi yang lain. 



Candi Bendang Dalam di Candi Lembah Bujang

Candi Bendang Dalam di Candi Lembah Bujang

Candi Bendang Dalam di Candi Lembah Bujang



Sejarah Negara Yang Harus Dibanggakan!
Kawasan yang terbuka atas bukit ini tidak berbumbung dan terbuka. Memang best lah kalau datang pada waktu yang dah redup-redup sket. Kalau tak, sila bawak payung ok. Ada juga wakaf disediakan, tetapi agak jauh dengan kawasan utama candi atas bukit. 

Masa saya pergi tu memang tak ramai langsung orang. Jadi senang lah nak bergambar, tanpa gangguan. Hari lain saya tak pasti. Tapi berharap ramai lah orang ya, supaya sejarah negara kita dapat kita angkat ke satu tahap yang membanggakan. Supaya bangga dengan peradaban dan sejarah kita di bumi kita.


Pengalaman ke Binaan Tertua Manusia, Candi Lembah Bujang!
Sesi latihan di lapangan untuk team photographer sekolah

Untuk saya yang kali pertama ke sini, saya rasa satu pengalaman yang menarik. Sebelum nih tengok dalam buku teks Sejarah saja. Bila ada peluang macam ni, maka satu pengalaman yang bagus dan mengujakan.

Saya sarankan juga sekurang-kurangnya anda bawa keluarga ke sini sekurang-kurangnya sekali bagi menghayati sejarah peradaban kita yang telah lama wujud sejak sekian lamanya. Kena harus ingat, Candi Lembah Bujang ini jauh lebih tua berbanding Angkor Wat dan juga Borobudur yang kita selalu sebut-sebut tu. Artifak negara kita ini jauh lebih 'kaya' nilainya berbanding yang ada di negara orang. So mesti bangga ok!




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan