About Me

Pengalaman Siapkan Kursus Online Bahasa Inggeris Untuk DLP

Pengalaman menyiapkan kursus online bersama Futurelearn.com untuk topik STEM, mendorong saya untuk mendaftarkan diri dengan kursus online Bahasa Inggeris bagi guru DLP anjuran ELTC (English Language Teaching Centre).

Kursus online Bahasa Inggeris untuk Dual Language Programme (DLP)
Kursus online Bahasa Inggeris untuk Dual Language Programme (DLP)

Selain daripada keinginan nak menambah koleksi sijil saja, kursus online sebegini juga mampu menambahbaik penguasaan Bahasa Inggeris saya, terutamanya dari segi skill memberi arahan dalam bilik darjah.

Saya sendiri yang mengisi permohonan untuk mengikuti kursus online ini pada awal tahun. Sukarela, tanpa paksaan walaupun sebenarnya sekolah saya tidak menawarkan pun DLP untuk pelajar.


Guna Smartphone
Oleh sebab kursusnya online, maka saya lebih suka jika kursus dijalankan melalui telefon pintar saya saja. Mudah! Hanya perlu install Canvas, dan register menggunakan emel anda, semuanya nanti akan tersedia.


Platform Canvas untuk kursus atas talian DLP
 
Kursus dijalankan mengikut module. Dan semuanya berkait, maksud saya lepas siapkan satu module, satu module lain pula yang akan keluar. Dalam sesetengah module tu ada beberapa tugasan yang perlu dilakukan.

Sebagai contohnya, anda perlu terlibat dalam aktviti Discussions, atau pun menjawab soalan kuiz, atau pun menonton video di Youtube yang berkaitan. 






Pengalaman Siapkan Kursus Online Bahasa Inggeris Untuk Dual Language Programme (DLP)


Sayangnya, saya hanya mampu dapat siapkan separuh jalan (hanya 2 daripada 4 kursus), dek kerana sibuk dengan aktiviti dan tugasan lain. Hahahaha.. macam biasa lah kan..

Akhirnya, terlupa cam tu je.. huhuhu


Tapi mujurlah minggu lepas, datang surat daripada JPN Kedah yang telah mengambil inisiatif mengadakan bengkel 2 hari untuk menyiapkan kursus online ini di PKG Hosba. Baru lah senang sket nak fokus dan bagi tumpuan nak uruskan kursus ini. Terbaiklah!


Pengalaman Siapkan Kursus Online Bahasa Inggeris Untuk Dual Language Programme (DLP)
Taklimat oleh Encik Aziz, Pegawai Sains JPN Kedah

 
Guna Website
Kali ini saya gunakan website Canvas pula untuk menyiapkan kursus. Pada pandangan saya, ini lebih mudah untuk kita surfing around, dan pilih tugasan yang kita nak siapkan. Paparan antaramukanya adalah lebih baik dan lebih mesra pengguna.

Lebih mudah untuk saya siapkan tugasan seperti upload rakaman suara, hasil kerja powerpoint dan words.






Alhamdulillah berjaya juga saya siapkan kursus online tersebut, yang separuh jalan siap tu dalam masa satu hari. Mujurlah pegawai Sains JPN Kedah, Encik Abdul Aziz dan juga fasilitator kami, Puan Sharon Taty daripada SMK Changlun, sangat banyak membantu dalam memastikan kursus online tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

Saya dimaklumkan bahawa bagi kursus online tersebut yang berjaya disiapkan, guru akan diberikan 12 hari waktu berkursus LADAP dan akan menerima sijil daripada ELTC kerana menamatkan kursus.  

Yeayyy!!!..

Pengalaman Siapkan Kursus Online Bahasa Inggeris Untuk Dual Language Programme (DLP)
Pastikan peralatan cukup ok!

Tips and Tricks
Oh ya, nasihat saya kepada guru yang betul-betul fokus nak siapkan kursus online ini, pastikan semua peralatan ada semasa anda jalankan kursus. Ini bagi memastikan semua tugasan dapat dijalankan dengan lancar, tanpa sebarang gangguan.

Antara alatan yang saya nasihatkan untuk ada bersama adalah, komputer yang berkuasa, Internet yang okay, dan headphone yang ada mic. Senang kerja nanti!  



Terjumpa tanpa sengaja di PKG Hosba dengan Penyelaras FrogAsia Kedah, Cik Azima


So bagi guru yang berminat nak tambah lagi ilmu, nak tambah sijil, nak tambah lagi kemahiran, boleh lah mendaftar di http://eltc.moe.edu.my/dlp/   . Pembelajaran kan untuk sepanjang hayat! ;)




Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Hi cikgu halimi, baru first time berjumpa face to face.dgn cikgu di PKG hosba 2 hari lepas...setuju, belajar sepanjang hayat

    BalasPadam