About Me

Seminar Amalan Terbaik PPD Petaling Perdana 2017

Rasa cukup bertuah apabila dijemput sebagai pemberi ucap tama (keynote) bagi Seminar Amalan Terbaik Pengurusan dan Pedagogi Guru anjuran PPD Petaling Perdana pada 26 Oktober yang lalu. Bertempat di MARDI, UPM Serdang, seminar tersebut menghimpunkan sehingga 300 peserta yang terdiri daripada kumpulan guru dan pentadbir dari sekolah seluruh PPD Petaling Perdana.


Seminar Amalan Terbaik PPD Petaling Perdana 2017
Bersama pembentang untuk Seminar PAK21 Petaling Perdana


Majlis disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JPN Selangor, iaitu Encik Shashim Shah bin Harun. Suka sungguh saya dengan satu pantun yang beliau titipkan dalam ucapan beliau.

Apa tanda batangnya tebu
Batang tebu halus uratnya
Apa tanda orang berilmu
Orang berilmu halus budinya


Tuan Timbalan Pengarah JPN Selangor
 
Setelah itu, majlis diteruskan dengan perkongsian beberapa guru daerah ini dengan inovasi dan kajian tindakan mereka. Amalan terbaik dalam bilik darjah. Memang hebat-hebat semuanya.







Sesi saya pula diteruskan pada sebelah petang.  Cabaran jugak sebenarnya nak menarik penonton waktu-waktu macam nih. Baru lepas makan, orang pun mengantok. Semoga lawak saya menjadi pada sebelah petang tu.



Alhamdulillah semuanya selesai seperti yang dirancangkan. Kumpulan jawatankuasa seminar amalan terbaik Petaling Perdana nih baik-baiknya semuanya. Mesra semuanya. Tak lupa juga dedikasi khas untuk pegawai yang berurusan dengan saya sepanjang seminar berlangsung, iaitu Puan Nurlyna. 








Seminar Amalan Terbaik PPD Petaling Perdana 2017



Apa pun saya amat lah berharap perkongsian sebegini diteruskan pada masa akan datang. Saya yakin, kita di Malaysia punya ramai guru-guru yang hebat dan berkualiti untuk dicungkil bakat mereka. 

Buat Petaling Perdana, selamat maju jaya saya ucapkan!



Catat Ulasan

0 Ulasan