About Me

Rizq Islamic School Selepas Setahun

Ingat lagi tak pasal Rizq Islamic School? Selepas setahun, sekali lagi kali ini saya kembali ke sekolah tersebut untuk sesi perkongsian bersama guru di sini. Saya sendiri rasa sangat teruja, sebab nak tengok sendiri bagaimana perjalanan sekolah dengan pendekatan Finland dan Jepun ini dilaksanakan. 


Rizq Islamic School Selepas Setahun
Rizq Islamic School Selepas Setahun

Terkejut juga bila dimaklumkan bahawa walaupun baru setahun beroperasi, jumlah pelajar yang mendaftarkan diri di sekolah Rizq Islamic School ini sudah mencecah lebih 200 orang murid. Sekolah baru ok! Kelainan pada pendekatan sekolah ini berjaya meyakinkan ibubapa, bahawa sistem ini mampu memberi nilai tambah kepada anak-anak mereka. Tahniah Rizq Islamic School!


Ruang loker warna warni digunakan dengan baik baik oleh pelajar
Ruang loker warna warni digunakan dengan baik baik oleh pelajar

Kelas yang kecil memberi peluang lebih dekat murid dengan guru
Kelas yang kecil memberi peluang lebih dekat murid dengan guru


Selain daripada itu, penggunaan Bahasa Inggeris sebagai medium utama komunikasi telah berjaya menarik perhatian ibubapa antarabangsa untuk turut mendaftarkan anak mereka di sini. Antaranya adalah daripada Turki dan juga Indonesia. 

Saya difahamkan beberapa pelajar yang semasa mula langsung tidak pandai berbahasa Inggeris, hanya mengambil masa beberapa bulan untuk turut boleh berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Ini kerana didorong oleh persekitaran yang membantu mereka untuk bertutur dengan baik. Budak-budak kan cepat menyerap..



Pembelajaran secara Play Based. Budak suka!
Pembelajaran secara Play Based. Budak suka!

Setiap ruang sekolah adalah ruang belajar
Setiap ruang sekolah adalah ruang belajar

Pembelajaran berpusatkan murid bagi mencungkil kemahiran abad ke-21
Pembelajaran berpusatkan murid bagi mencungkil kemahiran abad ke-21

Pembelajaran menggunakan gajet

Bagi yang bertanyakan kurikulum yang digunapakai oleh Rizq Islamic School, sekolah ini menggunakan kurikulum KSSR dan juga UPKK. Manakala bagi kurikulum tahfiz pula digunakan Kurikulum Tahfiz (Rizq Method). 

Bagi penilaian kurikulum tahfiz, murid dinilai melalui pelbagai sudut, iaitu sama ada secara audio, visual atau kinestetik. Kepintaran murid kan pelbagai? Maka penilaian yang pelbagai seperti ini memberi peluang dan lebih banyak ruang untuk murid dengan kepintaran yang berbeza. 



Kemeriahan sambutan Merdeka
Kemeriahan sambutan Merdeka

Murid mencurahkan kreativiti mereka untuk program sekolah

Masih mengekalkan konsep pendidikan secara Play Based dan juga ICT, perancangan Rizq Islamic School pada tahun 2018 adalah dalam memperkasakan lagi sistem tahfiz mereka dalam kalangan anak murid di sini. 

Selain daripada itu, pada tahun 2017 juga, sudah ada beberapa jaringan dilakukan dengan sekolah swasta daripada Indonesia bagi memberikan pendedahan kepada murid dengan pertandingan peringkat antarabangsa. Nak anak murid bersifat global, maka pendedahan seperti ini adalah sangat penting.


Perbincangan guru secara Teacher Sharing Session meningkatkan profesionalisme guru
Perbincangan guru secara Teacher Sharing Session meningkatkan profesionalisme guru

Satu perkara yang sangat menarik perhatian saya adalah konsep makan tengahari dari sekolah Jepun yang dinamakan Kyushoku. 



Kyushoku
Kyushoku adalah amalan yang cuba diterapkan dalam kalangan murid Rizq Islamic School yang mana, pada waktu rehat, murid akan bekerjasama mempersiapkan kelas mereka untuk sesi makan tengahari beramai-ramai. Makanan akan dihidangkan sendiri oleh murid, mengikut giliran yang ditetapkan.

Amalan Kyushoku terap tanggungjawab kepada murid

Makanan sehat lagi seimbang

Murid diberi peluang untuk menentukan diet seimbang mereka


Masing-masing sudah diberi amanah dan tugas bagi menyemai sikap bertanggungjawab dalam kalangan mereka seawal usia. Amalan sebegini terus mengingatkan saya dengan pengalaman saya di Korea, di mana murid di sana juga mengamalkan perkara yang sama!


Oleh sebab pendekatan yang digunakan di sekolah ini agak berbeza dengan sekolah swasta lain, maka latihan peningkatan profesionalisme guru sentiasa diadakan. Tak lain tak bukan, bagi mempersiapkan guru dengan kemahiran menggunakan pendekatan Play Based (dari Finland) dan juga IT.



Sesi training guru bersama pihak Apple


Perkongsian amalan PAK21 bersama guru Rizq Islamic School

Antaranya latihan yang diadakan adalah seperti sesi latihan bersama Apple. Latihan ini bagi memahirkan guru dengan aplikasi dan penggunaan device Apple dalam bilik darjah. Kalau anda ingat lagi, Rizq Islamic School juga memiliki makmal komputer yang beroperasi menggunakan device Apple. Jeles saya tau!

Secara keseluruhannya, dapatlah saya katakan Rizq Islamic School telah berjaya menjalankan operasi sekolah dengan sangat baik seperti yang diaspirasikan oleh mereka sendiri. Mengambil pendekatan yang berani dan berbeza, menjadi kekuatan utama buat Rizq Islamic School untuk menempa tempat dalam dunia sekolah swasta di Malaysia. 





Yang berminat dengan Rizq Islamic School, boleh lah terus berhubung dengan mereka
Yang berminat dengan Rizq Islamic School, boleh lah terus berhubung dengan mereka

Saya doakan semoga Rizq Islamic School terus menjadi platform terbaik buat ibubapa yang mahukan pendidikan tahfiz, abad 21 dan kompeten pada peringkat global. 

Buat Rizq Islamic School, tahniah dan selamat maju jaya!







Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Rizq Islamic School adalah MARKETING SCAM. Rujuk ulasan saya pada google page berkenaan.

    BalasPadam