About Me

Siri Buku Project Based Learning

Saya rasa sangat gembira kerana berjaya menzahirkan impian saya, iaitu penulisan siri buku Project Based Learning bagi membantu pembelajaran Sains murid. Seperti yang kita ketahui juga, bahawa pelaksanaan Project Based Learning juga merupakan sebahagian daripada intipati utama kurikulum baharu, KSSM.


Siri Buku Project Based Learning
Siri Buku Project Based Learning

Kenapa PBL?
Project Based Learning atau pun Pembelajaran Berasaskan Projek merupakan salah satu daripada 3 strategi PdPc STEM, selain daripada Inkuiri dan juga Penyelesaian Masalah. 

Dalam nak melahirkan murid yang berfikir secara KBAT, memiliki kemahiran penyelesaian masalah (problem solving) dan juga Innovative Thinking (Pemikiran Inovatif), maka pelaksanaan PdPc sebegini memberi kebebasan untuk murid mencari lebih banyak ilmu, dan tidak hanya terhad kepada ilmu daripada buku teks sahaja!


Siapa Yang Sesuai Gunakan PBL?
Ramai. Kumpulan pelajar yang ingin kita kembangkan lagi cara berfikir dan juga kemahiran integrasi maklumat mereka.

Boleh jadi pelajar sekolah rendah atau pun sekolah menengah. 

> Kumpulan pelajar Tahun 6 sebagai aktiviti pasca UPSR

> Kumpulan pelajar Tingkatan 1 sebagai aktiviti pembelajaran KSSM

> Kumpulan pelajar Tingkatan 3 sebagai aktiviti pasca PT3

Pendek kata, kelompok pelajar yang anda mahu tingkatkan lagi cara pembelajaran mereka, supaya mereka lebih ghairah mencari ilmu, dan menjadi independent learner!


Bagaimana Buku Ini Berfungsi?
Tak semua murid dan guru kreatif dalam mengendalikan PBL. Tambah lagi teruk jika arahan tugasan tersebut kurang jelas akibat kurang fahamnya pada pelaksanaan PBL itu sendiri. 

Atau pun tahap murid kita yang kadang-kadang tidak mencapai tahap seperti yang kita harapkan untuk menyiapkan tugasan PBL dengan baik. 


Siri Buku Project Based Learning
Siri Buku Project Based Learning


Maka kita tak perlu bimbang bila ada Siri Buku PBL ini. Siri Buku Project Based Learning ini memberikan murid gambaran, panduan dan arahan dengan lebih jelas, apa yang mereka perlu capai.

Siri buku ini bertindak sebagai pendokumentasian proses PBL mereka, maka dapatlah murid memberi fokus lebih banyak kepada urusan menghasilkan produk / projek. Bukankah itu lebih baik?.


Kelebihan Siri Buku Project Based Learning?
Ada banyak kebaikan menggunakan siri buku Project Based Learning ini. Sila baca senarainya kat bawah yer:

1. Membantu memudahkan urusan pelaporan dan mengumpulkan evidens.

2. Arahan dan panduan yang jelas dapat menghalakan murid kepada proses pembelajaran yang lebih terarah

3. Ada elemen KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi), yang merangsang pemikiran murid berfikir luar daripada kotak

4. Pengetahuan mereka diextendkan lagi kepada pengintegrasian maklumat dengan ilmu GCED (Global Citizen Education)

5. Murid mencipta inovasi berdasarkan pengetahuan yang dipelajari sepanjang melaksanakan tugasan 

6. Meningkatkan kemahiran berfikir murid, melangkaui ilmu buku teks dengan tugasan mencabar seperti "Jika aku.. " dan lain-lain

7. 20 mukasurat berwarna dengan harga hanya RM3.50 sebuah! (Giler murah!!) 

8. Sesuai dan selari dengan sukatan kurikulum Sains negara kita



Urusan Pembelian
Bagi yang berminat untuk membeli Siri buku ini, sila whatsapp ke 013 800 7003 bagi maklumat lanjut. 

Siri Buku Project Based Learning
1. Pencemaran Udara
2. Karnival Usahawan - Inovasi Makanan
3. Pembiakan Vegetatif
 





Harga sebuah buku = RM3.50 

Tambah kos pos = RM10 (Semenanjung) / RM15 (Sabah Sarawak)
* bagi setiap 40 buah buku

** buat sementara waktu, tempahan hanya dibuka untuk Bulk Order, dengan tempahan lebih 40 buah buku.



Harapan saya tak lain tak bukan melainkan supaya kehadiran Siri Buku PBL ini mampu membantu lebih ramai murid dan guru untuk melaksanakan Project Based Learning sebagai satu strategi PdPc mereka bagi mata pelajaran Sains. Doakan saya berjaya ya!




Catat Ulasan

0 Ulasan