.

.

Ahad, 16 April 2017

Peer Coaching bersama PPD Sabak Bernam, Selangor

Pada 16 April yang lalu, saya telah menerima satu kunjungan daripada PPD Sabak Bernam seramai lebih kurang 22 orang. Rombongan ini terdiri daripada tuan PPD sendiri, pegawai unit kurikulum dan juga pegawai SIPartner+ dan juga SISC+. Tidak lain dan tidak bukan, adalah bagi melihat bagaimana saya melaksanakan Pembelajaran Abad 21 dalam bilik darjah.

Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor


Sebenarnya keadaan agak sibuk pada minggu tersebut. Apatah lagi saya juga baru selesai menghadiri program perkongsian ilmu dan pengalaman bersama warga pendidik di Pekan dan Rompin pada minggu sebelumnya. Walaubagaimanapun, adat tetamu mahu bertandang, maka segala persiapan terbaik cuba pihak sekolah sediakan. Tetamu dari jauh, apatah lagi kan.


Mujur juga perkongsian pada kali ini, Ustaz Asrulnizam terbabit sebagai juga salah seorang guru yang dilihat perkongsiannya. Maka saya dan Ustaz Asrulnizam mengambil kesempatan untuk berbincang sedikit sebanyak bagi membolehkan pihak rombongan melihat pelaksanaan PA21, dari kandungan yang berbeza, dengan penggunaan strategi dan tools yang berbeza.

Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor


Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang dirancang. Pihak pengurusan sekolah, yang diketuai oleh Haji Abdul Razak mengetuai pihak sekolah bagi menyambut ketibaan tetamu. Sedikit perkongsian ilmu mengenai sekolah dan hala tuju sekolah juga dijalankan bagi memberikan sedikit gambaran awal kepada latarbelakang murid dan sekolah yang kami ada.

Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor


Seterusnya rombongan bergerak ke makmal Sains, bagi melihat pelaksanaan PA21 dalam pdp saya. Memang penuh bahagian belakang makmal. Mujur juga pelajar saya sudah dibiasakan dengan situasi begini, maka tidak lah mereka berasa kekok untuk belajar dan menjadi seperti biasa.


Aktiviti PdPc
Tajuk yang saya pilih bagi sesi peer coaching ini adalah "Enjin Diesel Empat Lejang dan Enjin Petrol Empat Lejang". Secara ringkas aktivitinya adalah, pelajar ditunjukkan video perubahan kereta daripada dulu dan sekarang.


Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor


Kemudian mereka berada dalam kumpulan secara berpasangan. Pelajar A akan mempelajari mengenai Enjin Diesel Empat Lejang di Stesyen A, manakala Pelajar B akan mempelajari mengenai Enjin Petrol Empat Lejang di Stesyen B.


Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor
 

Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor
 

Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor
 

Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor


Seterusnya, mereka akan kembali kepada kumpulan berpasangan tadi, dan berkongsi cerita mereka. Selesai bertukar cerita, mereka akan mengenalpasti apa persamaan dan perbezaan antara kedua enjin tersebut dengan menggunakan handout yang diedarkan.


Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor
 

Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor


Saya memilih beberapa pelajar secara sukarela untuk membentangkan, apa persamaan dan perbezaan antara kedua enjin tersebut. Akhir sekali, pelajar merumuskan pembelajaran mereka dengan dibimbing oleh guru.


Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor
 

Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor


Sesi berjalan dengan baik, pada pandangan saya. Murid kelihatan aktif belajar sepanjang sesi dan juga dapat memahami peranan mereka semasa aktiviti. Disebabkan pembelajaran juga bersifat pasangan, maka semua pelajar terlibat secara langsung dengan aktiviti tersebut.


Selesai di makmal, kemudian semua kami bergerak ke bilik mesyuarat bagi sesi perbincangan. Saya juga sempat membentangkan sekali lagi Kajian Impak Keberkesanan Pelaksanaan PA21 Dalam Bilik Darjah, sama seperti yang saya bentangkan di Kuantan pada penghujung Februari yang lalu.


Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor


Beberapa maklumbalas juga saya terima daripada pihak rombongan. Alhamdulillah, saya terima semuanya dengan terbuka sebagai proses menambahbaik kualiti pdpc saya dari masa ke semasa.

Tak lain tak bukan, saya cuma berharap, rombongan yang datang dari jauh ini, mendapat perkongsian yang setimpal atas usaha mereka untuk datang ke Jerlun ini. Walaubagaimanapun saya gembira kerana rata-rata ahli rombongan berpuas hati dengan pdp yang ditunjukkan.


Akhir sekali, saya ucapkan jutaan terima kasih buat PPD Sabak Bernam, terutamanya Tuan PPD sendiri dan ahli pasukan yang lain kerana mempercayai usaha dan kemahiran saya dalam melaksanakan PdPc Abad 21, sehingga sanggup datang jauh ke Jerlun, bagi proses perkongsian ilmu.


Peer Coaching Pembelajaran Abad 21 bersama PPD Sabak Bernam, Selangor


Semoga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu dan menjadi lebih baik daripada hari yang sebelumnya. Terima kasih!




1 ulasan: