About Me

Jirim Dalam Alam; Sifat Fizik dan Sifat Kimia nya?

Jirim boleh didefinisikan sebagai semua benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang. Semua benda hidup termasuklah manusia, tumbuhan dan haiwan dikelaskan sebagai jirim. Benda bukan hidup seperti air, tanah, batu dan udara juga ialah jirim.


SIFAT FIZIK JIRIM.
Setiap jirim mempunyai sifat-sifat fizik yang tersendiri. Sifat fizik ialah kualiti yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan lima deria manusia atau alat pengukur. Sifat jirim bergantung pada jenis bahan yang membentuknya.

Sifat-sifat fizik jirim
Sifat-sifat fizik jirim

SIFAT KIMIA JIRIM.
Selain sifat fizik, setiap bahan juga mempunyai sifat-sifat kimia tertentu. Sifat kimia suatu bahan menunjukkan tindak balas sesuatu bahan itu berubah menjadi bahan yang berbaza. Sifat kimia bergantung pada tindak balas yang berlaku terhadap sesuatu bahan. Bahan baharu yang terhasil daripada tindak balas kimia mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada bahan asal.

sifat-sifat kimia jirim
sifat-sifat kimia jirim


Kita dapat mengelaskan  pelbagai jenis bahan berdasarkan ciri-ciri yang berikut:

Ketumpatan- jisim per unit isi padu bahan tersebut. Ketumpatan menentukan kebolehan sesuatu bahan untuk terapung dan tanggelam. Bahan yang kurang tumpat akan terapung manakala bahan yang lebih tumpat akan tenggelam. Contohnya, minyak kuramg tumpat daripada air. Oleh itu, minyak akan terapung di permukaan air.

Takat Lebur- suhu apabila keadaan pepejal bertukar menjadi cecair.

Takat Didih- suhu apabila keadaan cecair berubah menjadi gas.

takat lebur dan takat didih beberapa bahan
takat lebur dan takat didih beberapa bahan

takat lebur dan takat didih beberapa bahan
takat lebur dan takat didih beberapa bahan

Keterlarutan- kebolehan sesuatu bahan untuk melarut di dalam pelarut dan membentuk larutan. Keterlaturan sesuatu bahan bergantung pada ciri-ciri fizik dan kimia bahan larut dan pelarut.Oleh sebab bahan yang berbeza mempunyai kebolehan melarut yang berbeza, jisim juga boleh dikelaskan mengikut keterlarutan bahan.

contoh bahan larut dan pelarut
contoh bahan larut dan pelarut

Catat Ulasan

5 Ulasan