About Me

14 Tips Untuk Menghadapi Haters di Sekolah

Tempat kerja, boleh mencipta suasana yang berbeza. Jika dikelilingi rakan kerja yang baik dan positif, ianya merupakan satu ruang yang sangat menyeronokkan dan kondusif untuk bekerja. Tetapi jika dikelilingi dengan aura negatif, tempat kerja boleh menjadi satu medan pertempuran yang bakal menyaksikan banyak jiwa yang terseksa! 


14 Tips Untuk Menghadapi Haters di Sekolah
14 Tips Untuk Menghadapi Haters di Sekolah

Sekolah juga tak lepas sebenarnya daripada perkara ini. Budaya yang tak sehat, politik tempat kerja, dan aktiviti hasut menghasut serta membodek, sebenarnya membawa banyak kecelakaan kepada suasana bekerja di sekolah. Dan yang paling pelik adalah bila usaha positif selalu disalah tafsir oleh mereka yang berasa diri mereka 'terancam'.  Jom kita tengok beberapa tips bagi menghadapi haters di sekolah.


01. Betulkan niat
Kadang-kadang mungkin kita sendiri juga tersasar. Benda baik asalnya, tetapi disebabkan banyak masalah dan cabaran yang mendatang, maka niat kita pun boleh jadi terpesong. Maka, sama-sama kita semak balik niat kita. Mudah-mudahan mendapat keberkatan daripadaNya.


14 Tips Untuk Menghadapi Haters di Sekolah
Betulkan balik niat yang dah terpesong ke laut tu.. 


02. Amalkan Langkah Selamat
Banyak perkara yang boleh diselesaikan dengan mengambil langkah selamat. Silap percaturan dan kelam kabut sebenarnya boleh membunuh motivasi kita dalam bekerja. Maka berhati-hati itu lebih baik.


03. Teruskan Bekerja
Haters-haters nih timbul kerana nak mengganggu motivasi anda bekerja, dan nak tengok anda berhenti bekerja. Maka usahlah pedulikan mereka, teruskan dengan niat bekerja anda. InshaAllah dia akan lebih sakit hati dan tenggelam dengan cerita jahat mereka.


04. Pedulikkan Mereka
Tidak memperdulikan mereka adalah antara perkara yang paling menyenangkan hati nak buat. Walaupun kadang-kadang sukar sket dari segi nak melaksanakannya, tetapi cubalah untuk tidak mempedulikan mereka. Tak perlu respon dan beri tindakbalas mengejut, dan ekstrem yang akhirnya menyusahkan anda pula. Anggap macam tak ada, ok?


14 Tips Untuk Menghadapi Haters di Sekolah
Tu jer yang haters mampu buat.. setuju kan?


05. Balas Dengan Kebaikan
Aduih. Ini yang paling susah nak buat. Balas kejahatan orang dengan kebaikan. Sebut memang mudah, tapi nak buat tu, hanya orang yang kuat saja yang mampu. Buat yang ada kekuatan mental dan fizikal boleh lah cuba kaedah ini. Yang belum, kuatkan diri, dan cubalah berusaha. Kalau tak, sama saja kita dengan mereka.


06. Sentiasa Positif
Orang kata, kalau kita positif, maka yang akan datang kepada kita pun semuanya yang positif juga. Positif menarik aura positif jugak. Maka sentiasalah bersangka baik, berniat baik dan berbuat baik. InshaAllah yang datang pun baik-baik juga. 


07. Jadikan Haters Sebagai Motivator
Secara tak langsung, bila ada haters, maknanya anda dah berada setapak di hadapan. Kan? Jadi bila dapat haters baru di sekolah, maka jangan bimbang. Senyum dan teruskan jadi mereka sebagai motivator anda untuk bergerak lebih jauh. Sekurang-kurangnya, ada juga pendorong untuk anda beri lebih dalam bekerja.


14 Tips Untuk Menghadapi Haters di Sekolah
Thanks to my motivator!


08. Bergaul Dengan Kawan Positif
Penting juga sebenarnya untuk mendapatkan kawan yang positif. Terutamanya di kala kita sendiri pun dah tak berupaya nak jadi positif lagi. Maka mereka ini lah yang akan terus berada di sisi dan memberi pinjam aura positif mereka. Jangan lupa ramaikan kawan-kawan yang positif. InshaAllah banyak membantu.


09. Kawal Emosi
Perkara paling teruk adalah tidak mampu mengawal emosi ketika berdepan dengan haters. Dalam keadaan sebegini, kemarahan hanya mampu memberi impak tak baik kepada anda. Apatah lagi bila time nak meletup, ramai pula rakan sekerja yang tidak tahu hal sebenar, dan menyalahkan kita. 


14 Tips Untuk Menghadapi Haters di Sekolah
Amarah hanya beri keputusan yang menyedihkan akhirnya

Jalan terbaik, kawal emosi sebaik mungkin. Jika terlalu marah, sila duduk, dan tarik nafas dalam-dalam. Kalau marah lagi, terus tidur. Elakkan daripada berkata-kata. Kelak badan yang binasa.


10. Sabar, Sabar dan Sabar
Sifat sabar sebenarnya mempunyai banyak keajaiban. Selain daripada mendidik jiwa untuk mencapai tahap dan darjat lebih baik, kesabaran juga mampu melatih kita bagi berdepan dengan dugaan yang jauh lebih mencabar. Suatu ketika, pasti akan datang bantuan dan penyelesaian untuk masalah kita.


11. Perbaiki Hubungan Dengan Allah
Bila dilanda ujian yang sebegitu rupa, cubalah untuk semak balik hubungan kita dengan Allah. Banyakkan muhasabah diri, lakukan perkara Sunat yang jarang kita buat sebelum ini seperti Solat Tahajjud, Dhuha, Sunat sebelum Subuh dan lain-lain. Paling tak pun, baca Al-Quran. InshaAllah rasa tenang jiwa.


12. Wasatiyyah
Kita juga perlu semak kerja buat kita. Kadang-kadang kerja buat yang melampau juga mendatangkan 'permasalahan' dan rasa iri hati dalam kalangan rakan sekerja. Maka langkah paling selamat adalah ambil jalan tengah. Tidak terlalu ekstrem dan berpadanan dengan keperluan dan kehendak institusi.


14 Tips Untuk Menghadapi Haters di Sekolah
Sket jer lagi... jangan give up, please


13. Never Give Up
Jangan sesekali berputus asa bila menerima ujian sebegini. Kadang-kadang mereka hanya ingin menduga kekentalan dan semangat kita. Maka ambil saja positif dan terus bekerja. Jangan berputus asa walaupun itu mungkin jalan terakhir yang kita ada. 


14. Banyakkan Berdoa
Akhirnya kembalilah menadah tangan kepada Yang Maha Esa, mohon minta dipermudahkan segala permasalahan dan dugaan. Anggap saja ini semua adalah ujian untuk menambahkan lagi pahala dan mendewasakan kita. Garam yang merupakan sebahagian daripada rencah hidup kita.


Semoga dengan perkongsian ini mampu meringankan beban anda menghadapi haters di sekolah. Jangan lupa juga, mereka yang berjaya, adalah mereka dengan jiwa kental yang tak pernah kenal erti mengalah. Teruskan berusaha. Fighting!




Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Ya, perlu penuh dengan semangat yg positif selalu baru boleh menpengaruh orang lain utk sukakan kita.

    BalasPadam
  2. haters ni biasanya manusia yang kurang kasih sayang. jadi kita tunjukanlah kasih sayang yang melimpah-limpah. biar puas!

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...nasib kat sekolah smua baik2 belaka....

    BalasPadam
  4. Byk aura negatif di sekolah skg, sebelum ni ada jgk yg aura positif tp semua dh pindah ke sek lain,dah lama bertahan cuba lg egtukar masih gagal,sedih rasa

    BalasPadam
  5. bila terserlah mereka yg negatif. kita jauhkan diri... rapatkan diri dgn yg positif.. alhamdulillah diberi peluang utk membuat pilihan.. alhamdulillah dpt tambah kawan2 positif di fb.
    setahun dua berlalu... yg negatif berubah jd positif. sama2 kongsi peluang.. kongsi ilmu dan semangat. jgn mati dek haters! jump higher!!!

    BalasPadam
  6. caras mencaras amalan mulia katanya. sehingga ke ppd dia boleh kautim. nauzubillah.

    BalasPadam
  7. percayelah wahai kawan2...aku memang susah nak buat sumue tu...

    BalasPadam