.

.

Jumaat, 3 Februari 2017

Roundtable Sebagai Strategi P&P

Roundtable merupakan satu lagi strategi P&P Abad 21 yang menarik untuk dicuba. Tidak hanya terhad kepada subjek Sains, tetapi juga kepada subjek-subjek lain mengikut kesesuaian. Bagi aktiviti ini, tajuk yang menggunakan strategi Roundtable ini adalah tajuk "Langkah-langkah keselamatan dalam Makmal sains", Sains Tingkatan 1.


Roundtable Round Table Round Robin Sebagai Strategi P&P Abad 21
Roundtable Sebagai Strategi P&P Abad 21

Kaedahnya mudah sahaja. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 4 orang. Sekeping kertas diedarkan pada setiap kumpulan. Setiap ahli mesti menulis satu isi yang berkenaan dengan tajuk yang dibincangkan. Setelah selesai, kertas tersebut diedarkan kepada ahli kedua. 

Roundtable Round Table Round Robin Sebagai Strategi P&P Abad 21
Pelajar aktif membincangkan idea masing-masing

Roundtable Round Table Round Robin Sebagai Strategi P&P Abad 21
Pembelajaran secara kolaboratif berlangsung dengan baik

Ahli kedua akan menulis isi yang kedua pula. Dan perkara ini akan diteruskan lagi oleh ahli yang seterusnya. Hinggalah semua selesai. Kemudian setiap kumpulan perlu membentangkan hasil kolaboratif mereka tadi sebagai perkongsian dengan kumpulan lain.

Dapatan saya, pelajar Tingkatan 1 ini memberikan respon yang baik terhadap aktiviti pembelajaran secara kolaboratif ini. Mereka berusaha untuk mengeluarkan idea sebaik mungkin untuk membantu kumpulan mereka menyiapkan tugasan lebih awal. 


Roundtable Round Table Round Robin Sebagai Strategi P&P Abad 21
Hasil kerja murid

Roundtable Round Table Round Robin Sebagai Strategi P&P Abad 21
Hasil kerja murid

Selain itu, mereka juga bersikap lebih bertolak ansur dengan membantu rakan yang mengalami masalah dalam memberikan idea yang menarik. Kerjasama ini membantu mereka sesama mereka dalam memupuk persekitaran pembelajaran yang baik. 

Boleh tonton video di bawah untuk gambaran yang lebih jelas.



*Ralat : Istilah yang lebih sesuai untuk video di atas adalah Roundtable. 
Bukan Round Robin. Harap maklum.


Selain itu juga ada beberapa kekeliruan antara strategi Round Robin dan juga Roundtable. Saya juga tak pasti sebenarnya, sebab kedua-duanya kelihatan hampir sama. Yang pasti, kedua-duanya adalah menggalakkan pembelajaran secara kolaboratif. 

Tetapi melalui sedikit kajian saya secara ringkas, boleh lah kita ringkaskan seperti berikut:


Roundtable
Pelajar mengedarkan kertas dengan setiap ahli perlu menambah satu idea di dalam kertas tersebut mengikut seperti kriteria yang ditetapkan oleh guru. Sumber


Round Robin
Pelajar membaca ayat, dan kemudian ayat seterusnya disambung oleh rakan yang lain. Sumber



Jadi dapatlah saya simpulkan, Round Robin lebih sesuai membantu untuk pelajar membaca, manakala Roundtable lebih kepada penggunaan kertas untuk pelajar keluarkan idea. 

*Mohon perbincangan positif jika mendapati ada perkara yang anda kurang setuju dengan pernyataan di atas di bahagian komen. Saya juga masih belajar.




3 ulasan:

  1. menarik...nak cuba next week utk bi..

    BalasPadam
  2. Round robin lebih kpd perbincangan dlm kumpulan. Setiap pelajar perlu melontarkan idea.

    BalasPadam
  3. https://teaching-strategies.wikispaces.com/Round+Robin

    BalasPadam