About Me

Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Syed Alwi

Kali ini saya berpeluang untuk berkongsi pengalaman PdPc Abad 21 dengan warga guru di sekolah negeri kelahiran saya Perlis, iaitu SMK Syed Alwi. Walaupun dengan jadual yang agak padat, tetapi inshaAllah saya cuba cari masa yang sesuai memandangkan ini merupakan jemputan pertama dari sekolah dalam negeri Perlis. 


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Syed Alwi
Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Syed Alwi

Variasi yang ada pada sekolah ini menyebabkan banyak perkara saya perlu bagi perhatian bila nak buat perkongsian di sekolah ini. Mereka terdiri daripada guru pelbagai aliran. Ada guru aliran perdana, aliran pendidikan khas dan juga aliran Tingkatan 6. Apatah lagi contoh yang banyak saya kongsikan adalah contoh pengajaran bagi matapelajaran Sains. 

Tetapi inshaAllah saya cuba yang terbaik bagi berkongsi pengalaman ini, dan dalam masa yang sama memastikan perkongsian ini dapat menjadi ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada warga sekolah SMK Syed Alwi.


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Syed Alwi
Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Syed Alwi

Daripada reaksi semasa perkongsian, jelas terpancar keterujaan warga pendidik di sini apabila mendengar perkongsian saya mengenai cara kerja dan juga sistem pendidikan di Korea. Membuka minda dan perspektif baharu terhadap kenapa perlunya kita juga berubah dalam mendidik. 


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Syed Alwi
Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Syed Alwi

Perkongsian menjadi semakin positif apabila rakan guru di SMK Syed Alwi mula melontarkan soalan demi soalan bagi mengupas bagaimana saya melaksanakan PdPc Abad 21 di dalam bilik darjah. 

Fokus utama saya tentu lah pada strategi pengajaran yang berpusatkan kepada 4 konsep penting dalam Pembelajaran Abad 21 iaitu mengalakkan murid berkomunikasi menyampaikan idea, menggalakkan murid untuk berkolaboratif dalam kerja berpasukan, menjana pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan murid.


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Syed Alwi
Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Syed Alwi

Pembelajaran yang menyeronokkan tentu meninggalkan impak kepada murid, sekaligus memberikan pembelajaran yang penuh dengan makna. Murid juga berkembang dari sebanyak mungkin aspek, terutamanya pada kemahiran yang mereka perlukan pada Abad ke-21 ini.

Diharapkan melalui perkongsian pengalaman ini memberikan sudut pandang baharu yang boleh dimanfaatkan oleh warga guru di SMK Syed Alwi. Semoga jadi ilmu yang berguna. Amin!



Catat Ulasan

2 Ulasan