.

.

KARTiKEL

Jumaat, 2 Disember 2016

TNOVATE 2016 - Karnival Inovasi Guru di UIAM

Akhirnya saya sahut juga cabaran untuk menyertai satu pertandingan inovasi, TNOVATE 2016 yang dianjurkan oleh UIAM. Karnival Inovasi Guru ini diadakan bersempena dengan penganjuran CAPEU 2016, iaitu International Conference On Education Towards Global Peace. 



TNOVATE 2016 - Karnival Inovasi Guru di UIAM


Banyak sebab saya cuba ambil peluang ini. Antaranya adalah masa yang sesuai sebab tengah musim cuti sekolah, peluang nak mencari pengalaman dan ilmu baru sebab tak pernah join, serta peluang untuk mencari rangkaian baharu dengan guru dan pendidik lain.

Lebih-lebih lagi kerana ini juga kali pertama saya jumpa pertandingan Inovasi yang memaparkan kategori untuk Learning Activities. Biasanya yang selalu jumpa adalah kategori Teaching Aids yang banyak memfokuskan kepada penghasilan bahan bantu mengajar yang maujud, boleh disentuh, boleh dilihat.



TNOVATE 2016 - Karnival Inovasi Guru di UIAM


Hari pertama konferens juga diadakan pendaftaran bagi pertandingan inovasi. Lambat juga saya tiba, sebab tak familiar sangat dengan UIAM. Parking memang jauh. Ditambah lagi dengan karnival yang tidak mesra pengunjung, sebab tiada signboard atau poster yang jelas, maka terpinga-pinga juga saya mencari di mana tempat pendaftaran. 

Sampai di bangunan utama pun, jenuh tercari-cari sebarang petanda yang berkaitan dengan pendaftaran atau konferens atau TNOVATE, tapi langsung tak ketemu. Urusetia pun tak ada. Nasib baik seorang makcik cleaner membantu saya memaklumkan ada persidangan di Tingkat 5. Thank you makcik!

Selepas saya mengesahkan pendaftaran, maka saya bergerak untuk sesi konferens ke Dewan Senat di Bangunan Canselor. Sayang sekali, penuh pulak bilik yang ala mesyuarat tu. Orang tak lah ramai sangat, cuma bilik yang digunakan sahaja sedikit kecil dengan jumlah peserta yang mungkin datang mendengar. 

Sebilangan peserta juga hanya berdiri di bahagian belakang bilik. Maka selepas hampir setengah jam saya berada di luar menanti kalau-kalau ada ruang kosong yang masih boleh disediakan, saya pun cabut balik terus pastu selepas mendapat kebenaran urusetia. 



TNOVATE 2016 - Karnival Inovasi Guru di UIAM


TNOVATE 2016 - Karnival Inovasi Guru di UIAM


Hari kedua pula baru lah pertandingan diadakan. Kali ini bertempat di Edusquare, di foyer Kulliyah of Education. Saya tiba agak awal jugak la. Sebab dapat parking kat depan tu. Maka terus lah menyiapkan booth saya.

Hahahahahha. Perkara pertama pun dah nak gelak dah. Orang lain bukan main penuh booth. Saya plak sebab kali pertama join, memang takdek pengalaman, memang kosong jer booth saya. Mujur lah jugak ada beli kain meja sehari sebelumnya. Kalau tak, lagi buruk ler nampaknya. Ini perkara pertama saya belajar.



TNOVATE 2016 - Karnival Inovasi Guru di UIAM


Kemudian mula lah sesi berkenalan dengan rakan-rakan booth sebelah. Sebelah saya cikgu Sejarah dari sebuah sekolah swasta, SMI Hira Jeram. Sambil mendengar penceritaan tentang aktiviti pembelajaran beliau, tertangkap lah saya bahawa beliau sebenarnya merupakan Pengetua di sekolah tersebut! 

Selepas dikorek ceritanya, maka alasan kenapa beliau join pertandingan inovasi ini adalah kerana nak cari pengalaman, nak jadi role model untuk guru-guru dan anak murid beliau serta nak memahami apa permasalahan dan usaha yang perlu dilakukan anak muridnya untuk menyertai sesuatu pertandingan sebegini. Hebat kan?



TNOVATE 2016 - Karnival Inovasi Guru di UIAM


Ini namanya kepimpinan melalui teladan! Memberi contoh yang baik untuk menjadi teladan kepada anak didik di bawah seliaan beliau. Ini perkara kedua saya belajar. Tahniah buat Tuan Isharudin!


Tak lupa juga, peluang untuk bertemu dengan Cikgu Romie yang terkenal dengan websitenya, www.cikguromie.net serta koleksi videonya di Youtube mengenai pembelajaran Matematik dan juga Lukisan Kejuruteraan. Kenal sejak dari saya di Sarawak melalui facebook, tetapi sekarang baru ada peluang nak bertemu rupa. 



TNOVATE 2016 - Karnival Inovasi Guru di UIAM


Kemudian saya mula lah bergerak ke setiap booth-booth bagi melihat inovasi dan idea daripada guru-guru lain. Masa untuk membina jaringan. Hahahahahah.. booth sendiri terbiar jer letak ABM dan juga surface 2 yang terpasang video saya. 

Hebat-hebat rupanya inovasi daripada cikgu-cikgu Malaysia nih. Boleh tengok pelbagai ciptaan dan juga idea daripada mereka. Sayang juga bila tengok ciptaan-ciptaan ini hanya boleh dilihat di pameran dan pertandingan sebegini sahaja. Padahal bagus-bagus ciptaan. Sayang sebab tak digunakan dengan lebih meluas kepada sekolah-sekolah lain. 







































TNOVATE 2016 - Karnival Inovasi Guru di UIAM




































Sesi penjurian bermula pada jam lebih kurang 9.30 pagi. Kalau tak salah saya ada tiga orang juri yang ditugaskan untuk menilai hasil inovasi guru mengikut kategori masing-masing. Saya rasa daripada pihak saya, semua perkara telah diterangkan dengan sebaiknya. Tanpa mengharapkan apa-apa, saya cuma berharap kehadiran saya di sini, mampu memberi nilai tambah kepada diri saya dan kepada apa benda yang saya buat selama ini. 


TNOVATE 2016 - Karnival Inovasi Guru di UIAM


TNOVATE 2016 - Karnival Inovasi Guru di UIAM


Sesi penutupan juga berlangsung di kawasan yang sama. Berkumpul ramai-ramai, dalam keadaan yang memang santai sangat. Di sini dimaklumkan bahawa pemberian hadiah adalah mengikut 5 untuk Emas, 5 untuk Perak dan 10 untuk Gangsa bagi kedua-dua kategori. Baru di sini dinyatakan bilangannya, dalam iklan tadak. Saya pun tak paham sangat.



TNOVATE 2016 - Karnival Inovasi Guru di UIAM


Sedikit aneh sebab tak sama pun seperti yang dijanjikan dalam iklan. Layan sajalah labu! Pengajarannya, jangan percaya sangat dengan apa yang ada pada iklan. Ini perkara ketiga saya belajar.


Walaupun tak ada rezeki untuk kali ini, tapi alhamdulillah banyak sangat perkara yang saya belajar pada hari ini. Memang benarlah kata orang pengalaman itu sangat berharga, tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Mujur juga ada diberikan sijil penyertaan dan plak sebagai bukti penyertaan dalam pertandingan inovasi ini. 



TNOVATE 2016 - Karnival Inovasi Guru di UIAM


TNOVATE 2016 - Karnival Inovasi Guru di UIAM


TNOVATE 2016 - Karnival Inovasi Guru di UIAM


Selain itu, berjumpa dengan rakan guru yang sangat proaktif dan positif juga menjadikan kita jadi lagi bersemangat. Untung dapat berkenalan dengan mereka-mereka ini. Banyak idea menarik yang dikongsikan dan mungkin juga boleh digunakan untuk subjek saya suatu hari nanti. InshaAllah ada masa dapat bertemu lagi. 



1 ulasan:

  1. Kehidupan kita memang penuh dengan banyak cabaran. Boleh menghadapi dan mengatasi cabaran baru boleh mendapatkan hasil yang baik.

    BalasPadam